Malam ini skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe dijadualkan menentang Jordan pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ia merupakan medan untuk pemain mempamerkan kemampuan sebenar mereka sebelum senarai 23 pemain terbaik diumumkan untuk dibawa ke Jakarta bagi menghadapi Indonesia pada perlawanan pertama kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Berikut ialah barisan kemungkinan yang dipilih oleh Tan Cheng Hoe malam ini (Formasi: 4-3-3)

Penjaga Gol: Farizal Marlias

Farizal Marlias
Sumber Gambar: Fox Sport Asia

Penjaga gol berpengalaman ini sentiasa menjadi pilihan utama Tan Cheng Hoe sejak dalam kejohanan AFF tahun lepas. Farizal telah melakukan 38 penampilan sejak menyertai skuad kebangsaan pada tahun 2009.

Pertahanan kanan: Matthew Davies

Sumber Gambar: FAM

Prestasi cemerlang Matthew Davies ketika di pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor Leste bulan lalu mendapat pujian daripada peminat bola sepak tempatan. Sudah tentu beliau ialah pilihan utama untuk berada di posisi tersebut.

Pertahanan tengah: Shahrul Saad

Shahrul Saad
Sumber Gambar: AFF Suzuki Cup

Pemain dari Perak ini mengalas tugas utama untuk mengemudi benteng pertahanan sejak ketiadaan Aidil Zafuan. Khidmatnya pasti ditagih sekali lagi oleh Tan Cheng Hoe untuk memastikan gawang negara tidak dibolosi dengan mudah.

Pertahanan tengah: Adam Nor Azlin

Adam Nor Azlin
Sumber Gambar: FAM

Adam Nor Azlin pernah bertemu skuad Jordan ketika mewakili pasukan Malaysia B-23 di Kejohanan AFC B-23 di China. Pengalaman itu akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengekang kemaraan jentera serangan Jordan yang diketuai oleh pemain yang sama, Baha Faisal.

Pertahanan kiri: Corbin Ong

Corbin-Ong
Sumber Gambar: FAM

Mempunyai ketinggian 184cm memberi kelebihan kepada Corbin Ong untuk bersaing dengan penyerang lawan yang mempunyai susuk fizikal lebih besar. Jadi, khidmat beliau sangat diperlukan di bahagian pertahanan kiri skuad Harimau Malaya.

Tengah bertahan: Brendan Gan

19ec4eda06c4eb38a38c411d51e3bee7
Sumber gambar: Yahoo Sports

Kali terakhir Brendan Gan beraksi bersama skuad Harimau Malaya adalah pada bulan September 2016 ketika menentang Indonesia dalam aksi persahabatan. Prestasi cemerlangnya bersama Perak telah menarik minat Tan Cheng Hoe untuk memperkuatkan jentera tengah.

Tengah bertahan: Akram Mahinan

Persaingan
Sumber Gambar: The Football Lads

Setiap kali skuad Harimau Malaya beraksi, nama Akram Mahinan sering menjadi sebutan peminat bola sepak tempatan yang mengkritik tentang corak permainannya di bahagian tengah. Namun, beliau tetap akan jadi pilihan utama di posisi tersebut kerana sudah mula mempamerkan peningkatan.

Tengah menyerang: Nor Azam Azih

nor-azam-azih-malaysia-v-timor-leste-2022-world-cup-qualification-7-jun-2019_1j1bzw1ozfv31jj6fky9oh4xl
Sumber gambar: Goal.com

Nor Azam adalah antara tonggak penting skuad kebangsaan ketika menewaskan Timor Leste dengan aggregat 12-2 di pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Sentuhan beliau sangat diperlukan untuk mengerakkan jentera serangan skuad Harimau Malaya.

Sayap kanan: Safawi Rasid

Sumber Gambar: AFF

Safawi adalah seorang pemain sayap prolifik yang sentiasa menghadirkan ancaman berbahaya kepada lawan. Pengalaman luas yang dimiliki oleh tonggak JDT ini ketika beraksi dalam saingan AFC Champions League sangat ditagih untuk merobek gawang pasukan lawan.

Sayap kiri: Hadin Azman

55833013_2091804247582995_4112665609529982976_n
Sumber gambar: FAM

Ketiadaan Mohamadou Sumareh yang digantung perlawanan memberi peluang kepada Hadin Azman untuk berada dalam kesebelasan utama.

Hadin memberikan impak yang positif dalam skuad Harimau Malaya ketika dalam saingan Piala Airmarine beberapa bulan lalu. Prestasi cemerlangnya bersama FELDA United dalam saingan Piala Malaysia baru-baru ini perlu diteruskan di peringkat antarabangsa.

Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha

Norshahrul Idlan Talaha
Sumber Gambar: Malay Mail

Norshahrul Idlan Talah adalah antara pemain yang paling senior dalam skuad kebangsaan. Beliau juga merupakan penjaring terbanyak negara ketika dalam saingan Piala AFF tahun lalu. Pengalaman luas yang dimiliki oleh beliau pasti ditagih oleh Cheng Hoe untuk memastikan kemenangan berpihak kepada negara.

Artikel berkaitan skuad kebangsaan Jordan dibawah mungkin menarik minat anda.

Jordan Bawa 26 Pemain Ke Kuala Lumpur Untuk Aksi Persahabatan Menentang Malaysia

Jordan Panggil Al Dmeiri Perkuatkan Benteng Pertahanan Hadapi Malaysia

Jordan Mungkin Turunkan Skuad Kedua Menentang Malaysia Esok