Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dijangka akan menurunkan barisan terkuat pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Tajikistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada malam ini.

Beliau kini menarik nafas lega apabila pemain tengah Pahang, Azam Abdul Azih kembali memperkuatkan pasukan setelah tersisih dalam dua perlawanan menentang Sri Lanka dan Vietnam bulan lepas. Malah, kelibat Baddrol Bakhtiar pula bakal memberikan alternatif tambahan untuk menjana kreativiti di bahagian tengah.

Bagaimanapun, peminat bola sepak tempatan kemungkinan tidak dapat menyaksikan gandingan Afiq Fazail bersama Azam Azih serta Brendan Gan di bahagian tengah kerana bintang tengah JDT itu diberi perlepasan untuk melangsungkan perkahwinan dengan pasangan pilihannya hari ini.

75278360_2485981324831950_5980453617050583040_o
FOTO: FAM

Perlawanan bertemu Tajikistan malam ini merupakan medan terbaik untuk Tan Cheng Hoe bagi menilai dengan teliti gandingan serta prestasi pemain-pemain menjelang perlawanan yang penting bertemu Thailand pada 14 November nanti.

Tan Cheng Hoe juga menyebut bahawa barisan kejurulatihan Malaysia mahu melihat pemain-pemain mengekalkan gaya permainan dan dalam masa yang sama memastikan keserasian diantara pemain selain mempertingkatkan tempo perlawanan.

Berikut ialah barisan kemungkinan yang akan membarisi kesebelasan utama skuad Harimau Malaya menentang Tajikistan.

VS TAJI-01

Baca kenyataan media daripada ketua jurulatih Malaysia dan Tajikistan mengenai perlawanan persahabatan malam ini melalui pautan dibawah.

Tan Cheng Hoe: Aksi Bertemu Tajikistan Medan Uji Kombinasi, Peluang Untuk Pemain Malaysia Belajar.

Perlawanan Persahabatan: Tajikistan Hadapi Malaysia Tanpa Tiga Tonggak Utama