Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dijangka akan menurunkan barisan kedua pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Sri Lanka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada hari esok.

Hal ini kerana beberapa pemain seperti Nor Azam Abdul Azih, J. Partiban, Danial Amir, Halim Saari serta pemain pertahanan, Shahrul Saad bergelut dengan kecederaan masing-masing.

Malah, penyerang Perak, Shahrel turut dilaporkan mengalami masalah pangkal paha dan situasi itu menjadikan Norshahrul Idlan Talaha serta Syafiq Ahmad satu-satunya pilihan yang ada untuk mengisi posisi serangan.

syafiq ahmad
Syafiq Ahmad setakat ini telah menjaringkan dua gol dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. FOTO: FAM

Perlawanan itu juga merupakan medan untuk pemain simpanan atau yang jarang beraksi dalam kesebelasan utama menunjukkan kemampuan mereka sebelum Cheng Hoe mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang dipilih membawa cabaran negara dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam di Hanoi.

Setakat ini Cheng Hoe hanya memanggil seorang pemain baharu untuk menyertai kem latihan pusat iaitu pemain tengah dari Sabah, Azzizan Nordin sebagai pelan B jika tonggak tengah pasukan disahkan tidak sempat pulih daripada kecederaannya.

Berikut ialah barisan kemungkinan yang akan membarisi kesebelasan utama skuad Harimau Malaya menentang Sri Lanka.

barisan kemungkinan-01

Baca kenyataan media daripada ketua jurulatih Malaysia dan pemain Sri Lanka mengenai perlawanan persahabatan esok melalui pautan dibawah.

Tan Cheng Hoe Mahu Beri Peluang Kepada Pemain Simpanan

Kapten Sri Lanka: Kami Bersedia Mental Dan Fizikal Untuk Perlawanan Dengan Malaysia