Malam ini skuad Harimau Malaya akan menghadapi satu lagi perlawanan penting menentang Indonesia pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tiga mata penuh diburu bagi memastikan peluang skuad negara untuk merebut tiket automatik ke Piala Asia 2023 cerah sekurang-kurangnya melalui kedudukan naib juara terbaik kumpulan.

Bagaimanapun, mereka berdepan sedikit kesukaran kerana bakal beraksi tanpa kelibat dua tonggak utama yang digantung perlawanan. Dua pemain tersebut ialah penyerang utama, Syafiq Ahmad dan pertahanan kanan, Matthew Davies.

Namun begitu, pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe tidak begitu bimbang dengan ketiadaan mereka kerana percaya dengan kemampuan barisan pemain simpanan yang akan mengisi kekosongan posisi itu.

Cheng Hoe dijangka akan mempertaruhkan penyerang berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha untuk berganding dengan Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid di posisi serangan.

Manakala Adam Nor Azlin kemungkinan akan mengisi posisi pertahanan kanan memandangkan Syahmi Safari dilaporkan mengalami kecederaan.

Berikut ialah ramalan kesebelasan utama pasukan Malaysia:

MALAYSIA (Formasi: 4-2-3-1)

barisan kemungkinan-01

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.

Norshahrul Tidak Mahu Rakan Sepasukan Pandang Rendah Pada Indonesia

Syafiq Ahmad Dan Matt Davies Tidak Dapat Diturunkan Bertemu Indonesia Akibat Penggantungan 2 Kad Kuning

Tan Cheng Hoe Ambil Langkah Waspada Bertemu Indonesia