Awal pagi nanti, peminat bola sepak tempatan akan berkampung di depan kaca TV untuk menyaksikan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 diantara Malaysia menentang Vietnam.

Ini adalah perlawanan yang wajib menang kerana ia akan menentukan peluang skuad Harimau Malaya untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 serta merebut slot automatik ke Piala Asia 2023.

Ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, mahu pasukan bimbingannya tidak mensia-siakan peluang ini untuk menamatkan rekod buruk menentang Vietnam. Berdasarkan rekod pertemuan kelima kedua-dua pasukan sejak Cheng Hoe dilantik sebagai ketua jurulatih, Vietnam memenangi tiga daripada empat aksi terakhir, dan sekali seri.

Rekod pertemuan itu sudah cukup untuk memberikan pengajaran berguna kepada barisan pemain supaya tampil lebih bersedia berdepan cabaran skuad Naga Emas kendalian jurulatih Park Hang-seo kali ini.

Berikut ialah ramalan kesebelasan utama skuad Harimau Malaya menentang Vietnam:

MALAYSIA (Formasi: 4-2-3-1)

barisan MAS v Vietnam-01

Tan Cheng Hoe dijangka mengekalkan formasi yang sama ketika perlawanan menentang UAE minggu lepas namun akan menerapkan corak permainan menyerang untuk mendapatkan gol lebih awal.

Brendan Gan kembali memperkuatkan jentera tengah pasukan setelah selesai menjalani hukuman penggantungan perlawanan dan berdasarkan sesi latihan, beliau bakal berganding dengan Syamer Kutty sambil dibantu oleh Syafiq Ahmad.

Manakala gandingan Dion Cools dan Aidil Zafuan sekali lagi menjadi pilihan untuk menjaga benteng pertahanan bersama Corbin Ong serta Matthew Davies walaupun mereka bolos 4 gol ketika menentang UAE. Tempoh rehat selama 7 hari pasti dimanfaatkan untuk membentuk persefahaman dan keserasian diantara mereka.

Tidak banyak perubahan akan dilakukan pada jentera serangan dan penyerang naturalisasi, Guilherme De Paula tetap menjadi taruhan untuk merobek gawang Vietnam sambil dibantu oleh Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh.

Perlawanan ini merupakan peluang untuk 3 pemain ini membuktikan kemampuan mereka setelah dikritik hebat kerana mempamerkan prestasi hambar ketika perlawanan menentang UAE.

Skuad kendalian Park Hang-seo setakat ini hanya tewas kepada Iraq, Iran serta Jepun dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah dengan pasukan ASEAN. Adakah skuad Harimau Malaya akan menjadi pasukan keempat mengalahkan mereka?

Menarik untuk disaksikan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.

Dion Johan Cools Sasar Kemenangan Ke Atas Vietnam

Khalid Ali: “Cara De Paula Main Memang Begitu Sebab Dia Penerima Bola”

Malaysia Ada Kelebihan Dari Segi Fizikal Lawan Vietnam

Tan Cheng Hoe: Jangan Terpedaya Dengan Taktik ‘Angkat Beg’ Vietnam