Pasukan negara akan turun berdepan Timor Leste dalam perlawanan play-off kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Di sini, kami menyenaraikan kesebelasan utama yang mungkin diturunkan oleh ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe bagi mencari bekalan selesa untuk dibawa ke perlawanan kedua Selasa ini.

1. Farizal Marlias

Farizal Marlias
Sumber Gambar: FAM

Farizal dijangka kekal menjadi ketua pasukan sekaligus mengawal pintu gol negara daripada dibolosi.

2. Matthew Davies

Matthew Davies
Sumber Gambar: FAM

Ketiadaan Syahmi Safari bermakna Matthew menjadi satu-satunya right back pasukan negara.

3. Shahrul Saad

Shahrul Saad
Sumber Gambar: AFF Suzuki Cup

Shahrul menampilkan aksi cemerlang dimana barisan serangan Nepal sukar untuk menembusi benteng pertahanan negara.

4. Adam Nor Azlin

Adam Nor Azlin
Sumber Gambar: FAM

Sama seperti Shahrul, Adam turut beraksi dengan cemerlang dan beliau juga membentuk satu gandingan yang serasi bersama Shahrul.

5. La’Vere Corbin-Ong

Corbin-Ong
Sumber Gambar: FAM

Corbin-Ong tampil dengan baik pada perlawanan pertama beliau bersama pasukan kebangsaan. Pemain JDT ini dijangka terus mengisi posisi pertahanan kiri.

6. Akram Mahinan

Akram Mahinan
Sumber Gambar: FAM

Akram mengawal bahagian tengah dengan cukup baik ketika Malaysia menewaskan pasukan Nepal.

7. Syamer Kutty Abba

Syamer Kutty Abba
Sumber Gambar: Goal.com

Pengguguran Halim Shaari kerana masalah kecederaan bermakna Syamer bakal menggantikan pemain tengah Selangor itu.

8. Norshahrul Idlan Talaha

Norshahrul Idlan Talaha
Sumber Gambar: Malay Mail

Pemain senior ini mencipta gandingan yang baik bersama seorang lagi penyerang, Syafiq Ahmad.

9. Safawi Rasid

Safawi Rasid
Sumber Gambar: AFF

Safawi diangkat sebagai pemain terbaik selepas perlawanan menentang Nepal. Beliau sekali lagi bakal menjadi harapan utama pasukan negara untuk mencari jaringan.

10. Syafiq Ahmad

Syafiq Ahmad
Sumber Gambar: FAM

Permainan Syafiq dilihat semakin meningkat dan beliau akan memimpin jentera serangan negara.

11. Akhyar Rashid

Akhyar Rashid
Sumber Gambar: FAM

Akhyar mencipta impak positif apabila dimasukkan pada perlawanan Ahad lalu. Beliau dijangka mengisi posisi sayap kiri pasukan.

Itulah dia ramalan kami mengenai kesebelasan utama yang mungkin diturunkan oleh Tan Cheng Hoe malam ini. Apa yang pasti, para pemain perlu memberikan sepenuh fokus bagi memastikan pasukan negara mendapat kelebihan.