Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pasukan kebangsaan bimbingan Tan Cheng Hoe akan turun berdepan Nepal dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Di sini, kami senaraikan ramalan kesebelasan utama yang mungkin diturunkan pada perlawanan malam ini.

1. Farizal Marlias

Farizal Marlias

Sumber Gambar: Foxsport Asia

Farizal dilihat bakal diturunkan bagi mengawal pintu gol pasukan negara. Beliau juga akan diberikan tugas sebagai ketua pasukan.

2. Matthew Davies
Matthew Davies

Ketiadaan Syahmi Safari yang mengalami kecederaan membuat Matthew pilihan tunggal untuk Cheng Hoe mengisi posisi right back.

3. Adam Nor Azlin

Adam Nor Azlin

Sumber Gambar: JST

Adam beraksi dengan baik dalam saingan Liga Malaysia musim ini dan beliau dijangka bakal digandingkan dengan Shahrul Saad.

4. Shahrul Saad

Shahrul Saad

Sumber Gambar: AFF Suzuki Cup

Watak utama kecemerlangan Malaysia dalam saingan Piala AFF Suzuki 2018 ini bakal bergandingan dengan Adam Nor Azlin.

5. La’Vere Corbin-Ong

La’Vere Corbin-Ong

Sumber Gambar: Yahoo

Corbin-Ong dijangka membuat penampilan pertama bersama pasukan negara malam ini.

6. Akram Mahinan

Akram Mahinan

Sumber Gambar: PKNS FC

Akram tampil dengan cemerlang dalam saingan Piala AFF tahun lalu dan beliau dilihat bakal mengekalkan tempat di bahagian tengah.

7. Syamer Kutty Abba

Syamer Kutty Abba

Sumber Gambar: Goal.com

Syamer membentuk satu gandingan mantap bersama Akram dan beliau sekali lagi bakal diturunkan dalam kesebelasan utama.

8. Norshahrul Idlan Talaha

Norshahrul Idlan Talaha

Sumber Gambar: Malay Mail

Salah satu pemain veteran dalam skuad kali ini bakal memberikan sokongan kepada penyerang utama.

9. Safawi Rasid

Safawi Rasid

Sumber Gambar: AFF

Safawi menjadi pemain muda terbaik dalam negara ketika ini dan beliau bakal menjadi harapan utama pasukan untuk mencari jaringan.

10. Syafiq Ahmad

Syafiq Ahmad

Sumber Gambar: FAM

Syafiq bakal mengambil alih tugas sebagai penyerang utama pasukan negara daripada Zaquan Adha.

11. Akhyar Rashid

Akhyar Rashid

Sumber Gambar: Fox Sport Asia

Ketiadaan Mohamadou Sumareh yang digantung perlawanan bakal memberikan ruang kepada Akhyar untuk beraksi.

Itulah ramalan kesebelasan utama pasukan negara yang mungkin diturunkan oleh Tan Cheng Hoe pada perlawanan menentang Nepal malam ini.

Penting untuk para pemain menampilkan aksi terbaik agar momentum positif dapat dibawa menjelang perlawanan menentang Timor Leste.

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group