Berdasarkan kalendar perlawanan antarabangsa FIFA terbaru, Malaysia bertemu Bhutan merupakan satu-satunya perlawanan antarabangsa A yang diadakan pada bulan April ketika artikel ini ditulis.

FIFA akan mengemaskini ranking terbaru pada 12 April 2018 dan kedudukan ini akan diambil kira oleh pihak AFC untuk menentukan balang undian Piala Asia 2019.

Manakala bagi Malaysia pula, perlawanan bertemu Bhutan adalah perlawanan yang cukup penting dari perspektif ranking kerana sebarang keputusan negatif akan memberi impak lebih teruk kepada kedudukan ranking FIFA bulan April nanti.

Pergerakan Mata FIFA Ranking Malaysia

Mengikut kemaskini bulan Mac 2018, Bhutan kini menghuni tangga 188 manakala Malaysia di tangga 178. Mana-mana pertemuan dengan negara yang mempunyai ranking 150 dan kebawah hanya akan menghasilkan jumlah mata yang sama bagi sesebuah perlawanan.

Tidak ada perbezaan mata sekiranya Malaysia menang keatas Maldives yang berada di ranking 150 dengan menang keatas Pakistan yang kini di tangga 203 FIFA ranking, kerana kedua-dua perlawanan itu hanya akan memberikan mata maksimum 127.5 mata sahaja jika menang dan 42.5 mata jika keputusan seri.

FIFA Ranking Malaysia Akan Naik Walaupun Tewas Kepada Bhutan

Sekiranya berjaya mengalahkan Bhutan, Malaysia akan mengumpul 103.650 mata secara keseluruhan dan dengan pungutan mata ini membolehkan FIFA ranking Malaysia melonjak ke kedudukan sekitar 166 hingga 170 dunia.

Sebaliknya jika keputusan perlawanan berakhir dengan keputusan seri, Malaysia akan mengutip 95.150 mata, turun 0.154 mata dari jumlah pungutan bulan Mac 2018. Jika tewas, Malaysia akan mengutip 90.90 mata sahaja secara keseluruhan.

Berdasarkan simulasi pengiraan, FIFA ranking Malaysia akan naik sekurang-kurangnya 3 anak tangga walaupun tewas dalam perlawanan bertemu Bhutan nanti.

Namun, kita tidak boleh berasa terlalu yakin untuk berdepan skuad Bhutan, dikhuatiri akan mengundang padah seperti perlawanan bertemu Mongolia sebelum ini.