Dominic Tan, pemain pertahanan skuad kebangsaan Malaysia yang kini beraksi dengan kelab Police Tero FC dalam saingan Thai League 1 sejak musim lalu, telah berkongsi beberapa perkara menarik berkaitan persekitaran hidupnya di Thailand.

Perkongsian yang telah diterbitkan melalui portal sukan terkenal, SMMSport mendedahkan bahawa Dominic Tan tidak mengalami masalah komunikasi bersama pasukan serta rakan sepasukan yang lain.

“Ramai yang ingat saya mempunyai masalah komunikasi dalam padang di Thailand. Tetapi sebenarnya tidak, saya boleh berkomunikasi dengan jurulatih dengan baik dan ramai rakan sepasukan yang boleh bertutur bahasa Inggeris.”

87857637_10157213660613182_5350180364797083648_o

“Selain itu, rakan-rakan juga turut membantu saya untuk belajar bahasa Thai menjadikan saya tidak mempunyai masalah dalam komunikasi.”

Dominic Tan juga ada menjelaskan dalam artikel itu bahawa beliau gembira apabila telah berjaya membantu pasukan Police Tero dalam 3 perlawanan dari 4 perlawanan pertama musim 2020 ini.

“Pastinya ia bukan satu perkara yang mudah jika kita beraksi di luar negara, tetapi saya mahu bermain sebanyak mungkin dan membuktikan diri saya dalam Thai League.”

87857637_10157213656563182_4473777908497776640_o

Pemain itu juga ada memberikan komen mengenai perbezaan saingan liga bola sepak kedua-dua buah negara – Thailand dan Malaysia.

“Saya fikir tidak banyak perbezaan diantara bola sepak Malaysia dan Thailand. Kami bergerak ke arah yang sama, mempunyai gaya permainan yang serupa. Maksudnya memberikan tumpuan kepada penguasaan bola dan itu membuat saya tidak perlu banyak menyesuaikan diri. “

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

“Shukor Adan, Kalau Dia Bagi Arahan Semua Pemain Mudah Dengar Apa Dia Kata” – Norhafiz Zamani

“Macam Saya Cakap Sebelum Ini Datuk Saya Berasal Dari Malaysia, Bapa Saya Pun Dari Malaysia Juga.” – Marcel Kalonda

Vietnam Mungkin Seronok Liga Sudah Bermula, Tetapi Ramai Pemain Skuad Kebangsaan Mula Cedera

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group