Pemain sayap muda Johor Darul Ta’zim (JDT) kini menjadi perhatian setelah menampilkan prestasi cemerlang sebaik sahaja saingan Liga Malaysia disambung setelah berehat lama ekoran pandemik COVID-19.

Pemain berusia 20 tahun itu telah menjaringkan empat gol, satu ketika menentang Pahang dan Perak serta dua gol ketika menewaskan pasukan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim Sabtu lalu.

Setelah beraksi dengan baik bersama kelabnya, ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menganggap Ramadhan mempunyai potensi untuk beraksi bersama pasukan negara.

Meskipun berusia muda, namun Ramadhan telah menunjukkan beliau mempunyai ketajaman yang baik dan perkara itu amat diperlukan sebagai seorang pemain di bahagian serangan.

Ramadhan sememangnya layak untuk dipanggil bagi memperkuatkan pasukan menjelang kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

Saifullah
Sumber Gambar: JST

Kematangan serta kualiti yang dimiliki oleh beliau dilihat mampu mengukuhkan lagi posisi sayap serta dapat memberi cabaran kepada pemain sedia ada seperti Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid.

Apa yang perlu dilakukan oleh Ramadhan ialah mengekalkan prestasi bersama JDT dalam saingan Liga Malaysia musim ini bagi memastikan beliau menarik minat Cheng Hoe sekaligus mendapat tempat dalam pasukan negara.

Baca artikel lain mengenai Ramadhan Saifullah dan Johor Darul Ta’zim di sini:

Ramadhan Saifullah Punyai Kualiti Untuk Gantikan Safawi Rasid

Giliran ‘Adik’ Selangor Pula Dibelasah 6-1 Oleh JDT II

CIMB Liga Super: JDT Ibarat Direndam Tidak Basah, Selangor Terkulai Di Stadium Sultan Ibrahim