Pemain Muda sedang meningkat naik Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah meneruskan rentak jaringan pada perlawanan Liga Super 2020 Jumaat lalu.

Ramadhan menjaringkan gol keempat ketika JDT berpesta gol dengan menewaskan pasukan Perak dengan keputusan 7-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Sebelumnya, pemain berusia 20 tahun ini turut menjaringkan gol ketika JDT meraih kemenangan ke atas Pahang pada perlawanan pertama liga setelah berehat selama lima bulan ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Melihat kepada prestasi semasa, Ramadhan dilihat calon yang sesuai untuk menggantikan Safawi Rasid sekiranya Safawi menerima kontrak yang diberikan oleh kelab Portugal, Portimonense SC sekaligus beraksi di saingan Liga Primeira Portugal.

Ramadhan dilihat sudah menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan oleh pengendali JDT, Benjamin Mora serta mampu untuk membentuk gandingan mantap bersama pemain senior dalam skuad utama.

Dengan memberikan posisi sayap kanan dalam kesebelasan utama kepada Ramadhan Saifullah, maka juara enam kali beturut-turut saingan Liga Super itu tidak perlu membawa masuk pemain lain sekaligus menjimatkan perbelanjaan pasukan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

CIMB Liga Super: JDT Berpesta Gol Belasah Perak

Datuk Seri Vida Bakal Jadi Pemilik Pasukan Kuala Lumpur?

ZamSaham: “Kelantan Miliki Penyokong Paling Unik Di Malaysia, RM6.8 Juta Untuk ‘Settle’ Semua Pemilikan 100%