Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah berpeluang untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan bagi menghadapi perlawanan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Menurut laporan Harian Metro, pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menyatakan Ramadhan menjadi salah satu muka baharu yang akan dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat pasukan negara.

Jika Ramadhan berjaya memikat hati pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe, maka pemain berusia 20 tahun itu akan disenaraikan dalam skuad akhir bagi menghadapi perlawanan peringkat kelayakan.

Ramadhan Saifullah

Sumber Gambar: JST

“Antara muka baharu yang dipanggil menyertai kem latihan adalah Ramadhan berdasarkan prestasi semasa bersama JDT sebelum ini.

“Keputusan ditentukan Cheng Hoe nanti untuk menggunakan khidmat pemain berkenaan atau sebaliknya mengikut kesesuaian pasukan,” katanya.

Sekiranya tersenarai dalam skuad akhir, Ramadhan Saifullah berkemungkinan besar akan digandingkan dengan seorang lagi pemain muda, Luqman Hakim yang ketika ini beraksi di Belgium bersama KV Kortrijk.

Ramadhan Saifullah

Sumber Gambar: KV Kortrijk

Sebelum ini, Cheng Hoe mengesahkan beliau akan memanggil Luqman setelah pemain itu sudah pulih dari kecederaan otot yang dialami.

“Saya menyenaraikan namanya untuk memberi peluang kepada Luqman dalam latihan Mac nanti di mana pengalaman di sana boleh membantu kita.

“Saya harap dia boleh memberi sesuatu dan sumbangan buat pasukan dan harap dia bersedia,” kata Cheng Hoe.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Melaka United Mahu Selesaikan Isu Tunggakan Gaji Secepat Mungkin

ZamSaham Dedahkan Pemain Indonesia Isi Kuota Import Asia, 3 Lagi Pemain Import Dari Eropah

RASMI: Scott Ollerenshaw Dilantik Sebagai Pengarah Teknikal, Bakal ‘Korek’ Bakat Baharu Untuk Sabah FC

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group