Beberapa hari lepas, Tan Sri Annuar Musa yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengeluarkan satu ciapan di laman twitter yang telah mengundang kemarahan dan kecaman daripada netizen terutamanya peminat bola sepak tempatan.

Ciapan tersebut berbunyi Wilayah Persekutuan Putrajaya berkemungkinan akan mempunyai pasukan bola sepak sendiri musim depan dan bersaing dalam Liga Malaysia.

Ciapan tersebut turut menarik perhatian Persatuan Bola Sepak Putrajaya (Putrajaya FA) yang merupakan sebuah badan yang sah dan bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal bola sepak di Putrajaya.

Menurut kenyataan media yang disiarkan di laman twitter Putrajaya FA, mereka menegaskan tidak mendapat sebarang maklumat atau pengumuman rasmi mengenai penubuhan pasukan tersebut untuk bersaing dalam Liga Malaysia.

Namun begitu, pasukan yang dimaksudkan oleh Tan Sri Annuar Musa itu ialah Rakyat United, dimana pasukan ini akan berpangkalan di Putrajaya untuk bersaing dalam Liga Malaysia.

Rakyat United adalah pasukan baharu yang disebut-sebut sebagai pengganti Felda United yang telah menarik diri daripada Liga Malaysia musim depan.

“Memang betul saya bertemu dengan pengurusan Rakyat United yang asalnya Felda United FC (FUFC) dan mereka telah dimiliki syarikat-syarikat tertentu.

“Saya hanya meninjau dan buat masa ini tiada apa-apa keputusan, kalau ada rezeki dan jodoh… harapan saya agar ada pasukan yang mewakili rakyat dan warga Putrajaya,” katanye melalui laporan dalam Bernama. 

Melalui kenyataan rasmi di laman facebook pasukan itu, Rakyat United adalah sebuah kelab yang dijenamakan semula melalui pemilikan 100 peratus syarikat korporat.

Bagaimanapun, belum ada pengesahan rasmi mengenai sama ada Tan Sri Annuar Musa akan menjadi salah satu pemegang saham kelab tersebut.

Kelab itu juga kini sedang mencari pemain baharu yang berbakat dengan tawaran gaji sehingga RM5000 untuk beraksi dalam Liga Super atau Liga Premier, Piala Presiden serta Piala Belia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Rakyat United melalui pautan dibawah. 

Sebuah Pasukan Yang Dikenali Sebagai ‘Rakyat United’ Giat Rekrut Pemain Untuk Liga Super/Liga Premier 2021?

FAM Tegaskan Kewujudan Rakyat United Belum Sah