2 buah kelab milik Rakuten – Vissel Kobe (bola sepak) dan Rakuten Eagles (baseball), beberapa hari lalu mengumumkan peningkatan perolehan hasil jualan minuman dan makanan di stadium masing-masing.

Noevir Stadium, dimana pasukan Vissel Kobe beraksi mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 50.2% berbanding tahun lalu.

Manakala di stadium – Rakuten Seimei Miyagi Park pula mencatakan peningkatan sebanyak 26.7% kutipan dibandingkan dengan tahun 2018.

Kedua-dua buah venue tersebut telah memperkenalkan sistem ‘cashless’ semasa urusniaga jual beli dijalankan menggunalan teknologi yang digunakan oleh Rakuten dalam menjalankan perniagaan online mereka.

3 Kelebihan Utama Yang Dikesan Rakuten Dari Sistem ‘Cashless’

1.Mempercepatkan proses pembayaran dikaunter.

Pelanggan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mencari duit dalam beg, menggali duit syiling dan duit selit untuk membuat pembayaran. 

Ini mampu memendekkan masa proses transaksi jual beli berlaku serta membolehkan aktiviti berjalan dengan lebih lancar.

Jepun, mereka mahu serba pantas dengan akurasi paling tinggi.

2.Mencegah ‘short’ pemulangan baki.

Selain itu, penggunaan sistem ini juga membolehkan staff jualan lebih fokus kepada servis jualan dan juga mengelakkan berlakunya ‘short’ terutama dari duit syiling.

Perkara ini biasa berlaku dalam sistem pembayaran konvensional, dan solusinya adalah sistem ‘cashless’.

3.Memudahkan proses ‘closing’ hasil jualan.

Proses mengira hasil jualan secara tunai terutama disesebuah venue yang mempunyai kapasiti berpuluh ribu juga mungkin terdedah kepada kecuaian manusia.

Dengan kaedah ini, bagi pihak penjual, mereka hanya mungkin perlu menekan beberapa butang yang tertera pada skrin, dan ‘closing’ untuk hari itu boleh disiapkan  dalam beberapa saat sahaja.

Memang menjimatkan masa pekerja yang bertugas untuk melakukan perkara lain.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group