Pada ketika ini, dunia bola sepak sedang dikejutkan dengan rakaman suara Presiden Real Madrid, Florentino Perez, kira kira 15 tahun yang lalu, yang mengutuk legenda kelab Raul Gonzalez dan Iker Casillas.

Dalam rakaman itu, Florentino Perez dengan marahnya menyatakan bahawa kedua-duanya pemain itu adalah kesilapan terbesar Real Madrid. Rakaman audio itu telah diterbitkan oleh laman El Confidencial.

Dalam rakaman itu, Florentino Perez mengatakan bahawa Casillas sebenarnya bukan penjaga gol yang sesuai untuk dan tidak cukup bagus untuk standard Real Madrid.

Florentino Perez

Pemain tersebut telah membuat 725 permainan dengan skuad Los Blancos dikatakan sebagai Florentino Perez yang menjadi nama besar di Real Madrid hanya kerana peminat mereka memuja penjaga gol yang sebenarnya tidak bagus.

“Casillas bukan penjaga gol yang menepati standard Real Madrid, apa yang dapat saya katakan? Dia tidak pernah [layak] dan tidak akan pernah,” kata Perez dalam perbualan tersebut.

“Dia [Casillas] telah menjadi kegagalan besar bagi kita semua. Masalahnya adalah apabila orang memujinya, menyayanginya, bercakap dengannya, mereka sangat mempertahankannya.”

Presiden juga mengatakan perkara yang tentang seorang lagi legenda, Raul Gonzalez. Perez malah tidak segan silu mengaggap Raul sebagai penipu, sama seperti Casillas.

Di mata Perez Raul adalah pemain yang suka mempergunakan nama kelab demi kepentingan sendiri. Merujuk kepada beberapa tindakan Raul yang mengkritik pengurusan atas nama dia cintakan kelab.

Lantas Perez berpendapat Raul tidak layak berada dalam skuad Galacticos.

“Dia [Casillas] adalah salah satu penipuan terbesar dalam kelab ini dan yang satu lagi adalah Raul [Gonzalez]. Dua penipuan terbesar untuk Real Madrid adalah Raul yang pertama dan Casillas kedua.”

https://twitter.com/i/status/1414916509890138124

Audio tersebut dirakam oleh Jose Antonio Abellan, ketika Perez mengundur diri daripada jawatan Presiden pada 2006. Beliau kembali semula pada 2009.

Raul Gonzales yang kini bertugas menjadi jurulatih pasukan pembangunan Real Madrid, masih enggan memberikan komennya.

Sementara itu, Florentino Perez sudah memberikan komennya dan bercadang mahu menyaman El Confidencial serta Abellan kerana menerbitkan audio tersebut.

Perez menganggap Abellan dan El Confidencial ada niat jahat ke atasnya dengan mengambil kesempatan di atas situasinya ketika ini – ketika Perez sedang berusaha untuk memperjuangkan Liga Super Eropah.

“Merujuk kepada artikel yang diterbitkan El Confidencial yang menunjukkan komen yang dikreditkan sebagai komen yang saya buat, saya percaya, sangat penting untuk saya tampil memberikan penjelasan.”

“Artikel itu menyebut bahawa ianya adalah sebahagian daripada perbualan saya yang dirakam oleh Mr José Antonio Abellán, yang sebenarnya sudah bertahun tahun lamanya cuba menjual rakaman audio tersebut, malangnya dia gagal selama ini.”

“Saya sangat terkejut apabila ianya diterbitkan oleh El Confidencial, walaupun benda tu dah lama berlaku.”

“Kenyataan sekerat itu hanyalah sebahagian daripada perbualan dan ianya dikeluarkan untuk konteks lebigh luas – sepertimana yang mereka lakukan.”

“Saya faham, hakikatnya ianya sudah diterbitkan sekarang, selepas bertahun tahun lamanya daripada masa perbualan itu berlaku. Ini dipengaruhi oleh penglibatan saya sebagai orang yang berusaha memacu Liga Super Eropah.”

“Saya sudah menyerahkan perkara ini ke tangan peguam saya, yang sekarang ini sedang menilai situasi dan tindakan yang akan kami ambil.”

Baca juga artikel

Insiden Video Rasis, Konami Tamatkan Kontrak Griezmann, Rakuten Minta Penjelasan Barcelona

Jordi Alba Beraninya Kutuk Tindakan Barcelona Melepaskan Suarez Ke Atletico Sebagai Satu Jenaka

Kerosakan Era Bartomeu, Barcelona Berisiko Muflis, Hutang Meningkat Kepada €1.2 Billion