Penjaga gol AC Milan, Gianluigi Donnarumma dilaporkan meminta kontrak baru dengan kenaikan gaji yang luar biasa.  Dia meminta kontrak bernilai €10 juta semusim dalam kontrak baharunya.

Kontrak Donnarumma di San Siro akan berakhir pada 2021. AC Milan harus segera melanjutkan kontraknya jika dia tidak mahu kehilangan penjaga gol secara percuma musim panas depan.

Donnarumma adalah graduan akademi AC Milan. Dia membuat debut Serie A pada Oktober 2015, ketika dia baru berusia 16 tahun dan lapan bulan.

Dia pernah terlibat dalam konflik kontrak yang berkaitan dengan kontrak di Milan sebelum menandatangani perjanjian itu pada tahun 2017. Di mana ketika itu beliau dikaitkan dengan Juventus.

Akhirnya Donnarumma memutuskan untuk kekal dengan syarat AC Milan perlu menandatangani abangnya.

Menurut Corriere della Sera, Mino Raiola, telahpu n mengajukan permintaan kepada pengarah AC Milan.

Dalam tuntutan yang dikemukakan kepada AC Milan, dia meminta gaji €10 juta setiap musim. Ini hampir dua kali ganda dari gaji sekarang, iaitu €6 juta semusim.

Permintaan Donnarumma jelas membuat AC Milan kini dalam keadaan agak tidak senang. Lebih-lebih lagi, keadaan kewangan kelab selepas dilanda covid.

AC Milan dilihat sukar untuk menunaikan permintaan Donnarumma. Rossoneri kini berusaha untuk memujuk Donnarumma menurunkan sedikit permintaan beliau.

Raiola baru sahaja menyelesaikan rundingan kontrak untuk Zlatan Ibrahimovich. Pemain veteran Sweden itu menerima gaji €7 juta semusim di AC Milan.

Milan masih ada kira kira 4 bulan lagi untuk mengelak pemain itu berstatus ejen bebas.

Juventus dilaporkan sedang memantau rapat perkembangan semasa berkaitan dengan kontrak Donnarumma.

Selain Juve, pasukan Chelsea juga dikatakan mengikuti rapat perkembangan kontrak Donnarumma di Milan.

Baca juga perkembangan lain

UNL: Sepanyol Ratah Ukraine, Jerman Seri Lagi

Wolves Sambar Fabio Silva (The Next Ronaldo), Menjadikannya Remaja Ketujuh Termahal

Penyokong Stuttgart Dianggap Kelakar Buka Tabung Kutip €900 Juta Nak Beli Messi, Ternyata Ia Idea Genius