Bekas ketua jurulatih pasukan T-Team suatu ketika dahulu, Rahmad Darmawan yang kini mengendalikan pasukan TIRA-Persikabo dalam saingan Liga 1 Indonesia melalui satu temubual bersama sebuah media bola sepak disana telah berkongsi beberapa kisah menarik beliau ketika berada di Terengganu.

Dalam temubual tersebut, Rahmad Darmawan menceritakan beberapa pengalaman beliau semasa bersama T-Team termasuklah kisah perpindahan lumayan bintang bola sepak Malaysia, Safawi Rasid ke JDT.

Kesulitan Menukar Filosofi Permainan Pemain Tempatan

Menurut beliau, ketika mengambil alih pasukan T-Team dari Tomislav Steinbrückner hujung musim 2015, pasukan itu berada dalam saingan Liga Premier dan beliau berjaya membawa pasukan itu kembali ke saingan Liga Super pada musim 2016 berikutnya selepas lolos dari play-off.

Beberapa bulan awal dalam musim 2016, beliau menjelaskan menghadapi kesulitan kerana sukar untuk mengaplikasinya filosofi yang beliau mahukan kepada pasukan. Para pemain sudah terbiasa dengan corak ‘direct play‘ dan beliau mahu menukar perkara tersebut.

Webp.net-resizeimage-1

“Tahun pertama bersama T-Team, diawal-awal bulan sulit. Sulit kerana, sama.., problem saya adalah mengganti filosofi bermain mereka.”

“Banyak team (dari) Malaysia yang lebih senang dengan ‘direct play‘ atau permainan langsung ke gawang, dan saya harus membangun secara perlahan-lahan. Saya butuh waktu yang lebih.”

Selepas mengharungi sekitar 5, 6 perlawanan pertama Liga Super musim 2016, prestasi pasukan T-Team tidak memberangsangkan (kedudukan 8-10 liga ketika itu).

Beliau menceritakan telah dipanggil oleh pihak pengurusan dan diberikan amaran untuk mempertingkatkan prestasi pasukan seperti mana yang tertulis dalam kontrak – setiap 5 atau 6 perlawanan, sesi penilaian akan dijalankan samada mencapai sasaran yang ditetapkan atau tidak.

Screenshot 2019-08-17 at 1.28.09 PM

Pergerakan kedudukan liga mengikut perlawanan pada musim 2016.

Bagaimanapun, Rahmad Darmawan menjelaskan bahawa semua itu tidak sekali-kali melemahkan beliau untuk terus cuba mengaplikasikan filosofi bola sepak beliau kepada pasukan.

“Pihak kelab juga ada mencadangkan, kenapa tidak kembali menggunakan gaya sebelum ini, tetapi saya yakin saya bisa. Alhamdulillah selepas perlawanan ke-8, T-Team berjaya berada dikedudukan ke 4 liga.”

Tahun 2016 juga, Rahmad Darmawan berjaya membawa pasukan T-Team mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia, namun terkandas apabila tewas dengan agregat 1-5 kepada pasukan Selangor.

Teruja Dengan Sokongan Rakyat Terengganu Kepada T-Team

Beliau juga turut menceritakan perasaaan terujanya apabila melihat sokongan yang diterima dari rakyat Terengganu ketika itu kepada pasukan T-Team.

“Team Terengganu ditinggalkan penyokong, semua lari ke kita kerana prestasi kita (yang lebih baik).”

18157935_1314230468666427_7162369223713394536_n

“Saya merinting melihat stadium yang biasanya diisi sekitar 2,500 hingga 3000 penonton, namun kali ini..tidak muat. Stadium penuh sesak.”

“Itu buat saya, lebih dari seperti mengangkat piala kejuaraan. Kenapa? Kerana dari satu sudut, saya berjaya memberikan peluang kepada beberapa pemain muda untuk beraksi seperti Safawi Rasid dan seorang lagi pemain pertahanan kiri berusia 17 tahun.”

Duit Perpindahan Safawi Rasid Bantu T-Team Lakukan Latihan Pra Musim Di Indonesia

Berdasarkan prestasi yang cemerlang musim 2016, kontrak Rahmad Darmawan dilanjutkan untuk musim ke-2 pada 2017 dan ketika ini menurutnya, dia telah diberikan satu tugas (pengurus dan jurulatih) baru untuk menentukan gaji siapa yang perlu dinaikkan.

“Itulah, saya ingat Safawi Rasid waktu itu masih digaji dengan (nilai) sangat rendah, dengan prestasi dia yang bagus, saya mengusulkan (kepada pengurusan) untuk menaikkan gajinya.”

t-teams-safawi-rashid-right-tries-to-get-past-a-selangor-player-15102016_1ktukr5jvsw3u1gdc0sme2xa23

Aksi Safawi Rasid ketika bertemu Selangor dalam saingan Piala Malaysia 2016.

“Ketika dalam musim ke-2 saya, Safawi Rasid ditawar oleh kelab besar, Johor Darul Ta’zim dengan nilai perpindahan yang lumayan.”

Rahmad Darmawan memberitahu, pihak pengurusan tertinggi memanggilnya untuk berbincang dan mahu mendengar apa keputusan beliau sebagai ketua jurulatih.

“Kita tidak bisa menahan Safawi, akhirnya kita deal dengan satu nilai perpindahan yang mana akhirnya digunakan untuk melakukan latihan pra musim di Indonesia.”

Nota: Pada penghujung musim 2016, pasukan T-Team telah membuat sesi latihan pra musim selama 2 minggu di Bandung dan Jakarta selama 2 minggu.

053472100_1453898809-6_20160126NH_Galeri_Pelatih_Indo_07_copy

Kredit: Bola.com

Selepas perkara itu berlaku, Rahmad Darmawan berkata bahawa;

“Ertinya apa? Saya merasakan sesuatu yang boleh dikatakan.. Wah! Ternyata dari menjual pemain, bisa sangat membantu menghidupkan pasukan. Kerana latihan pra musim itu biasanya mahal.”

“Kadang-kadang kita perlu keluar dari Terengganu dalam tempoh masa yang lama seperti di Kuala Lumpur, Singapura dan sebagainya. Namun ketika itu, semua dalam pasukan boleh melakukan latihan pra musim di Indonesia hasil penjualan Safawi.”

Ditawarkan Kontrak Lanjutan 3 Tahun Lagi Bersama ‘Feeder Club’

Pada tahun akhir kontrak beliau bersama T-Team, disebabkan pertukaran pimpinan kerajaan negeri Terengganu, mereka mahu memperkenalkan sistem ‘feeder club’.

“Kita semua kecewa ketika itu kerana pasukan yang akan diturunkan adalah pasukan saya, walaupun secara prestasinya kita lebih baik berbanding Terengganu yang turun ke divisyen 2 (Liga Premier) dan kita (T-Team) kekal di Liga Super. ”

t-team 2018

Rahmad Darmawan juga menceritakan bahawa ketika beliau sudah mahu kembali ke Indonesia, pihak pengurusan tertinggi PBSNT telah menawarkan kontrak untuk kekal mengendalikan pasukan untuk 3 tahun lagi.

“Tapi pertimbangan saya adalah, ‘feeder club’ adalah sebagai ‘supply’ pemain ke pasukan utama sahaja. Walaupun juara dalam divisyen 2 (Liga Premier), kita tidak bisa naik ke divisyen utama (Liga Super), dan itulah sebab utama saya memilih untuk kembali ke Indonesia.”

Rahmad Darmawan ketika ini mengemudi skuad TIRA-Persikabo yang sedang sengit bersaing dengan Bali United untuk merebut takhta kejuaraan Shopee Liga 1 Indonesia.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group