Rafa Silva umum persaraan daripada bola sepak antarabangsa. Pengumuman itu benar benar mengejutkan ramai pihak.

Hanya dua bulan sebelum Portugal memulakan kempen Piala Dunia FIFA 2022 mereka di Qatar, Rafa Silva hari ini mengumumkan persaraannya daripada pasukan kebangsaan.

Penyerang yang terkenal dengan kelincahan dan kepantasannya itu telah berada dalam prestasi terbaik musim ini, menjaringkan 6 gol dan memberikan 4 bantuan dalam 13 perlawanan.

Dia telah memberikan sumbangan besar kepada permulaan kemenangan 100% Benfica yang sensasi untuk kempen musim ini.

Rafa Silva merupakan pemain yang menjadi idaman banyak kelab besar di Eropah sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Dia juga turuttermasuk dalam skuad Portugal yang diumumkan oleh Fernando Santos minggu lalu untuk perlawanan Liga Negara-Negara Eropah dan hampir pasti akan berada dalam skuad Piala Dunia.

Rafa Silva umum persaraan dan berkata: “Hari ini saya memaklumkan kepada jurulatih Seleção, Fernando Santos dan Persekutuan Bola Sepak Portugis bahawa saya tidak lagi bersedia untuk mewakili pasukan kebangsaan.”

“Saya percaya ia adalah keputusan yang jujur ​​dan betul pada ketika ini dalam kerjaya saya. Sebab saya membuat keputusan ini, ianya bersifat peribadi, dan keputusan saya dihormati oleh semua orang.”

“Saya mewakili pasukan negara sebanyak 40 kali, membantu pasukan negara ini menakluki Euro 2016 dan Liga Negara-Negara Eropah. Dan saya akan sentiasa berada di barisan hadapan menyokong pasukan kebangsaan yang saya cintai.”

“Saya pasti Seleção akan terus membawa kegembiraan kepada rakyat Portugal, bermula dengan Liga Negara-Negara Eropah dan Piala Dunia 2022.”

Pada usia 29 tahun Rafa Silva mengumpul 25 kaps untuk pasukan senior selepas membuat penampilan sulung pada 2014 dalam perlawanan persahabatan menentang Cameroon di bawah jurulatih Portugal sebelum ini, Paulo Bento.

Rafa Silva berada dalam skuad Piala Dunia 2014, Euro 2016 dan Euro 2020 Portugal, tetapi dia hanya menghabiskan 52 minit di atas padang sepanjang tiga kejohanan tersebut kerana persaingan sengit di posisinya.

Aksi super sub menentang Hungary pada Euro 2020

Sumbangannya yang paling tidak dapat dilupakan ialah pada perlawanan pembukaan Euro 2020 menentang Hungary.

Rafa masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-71 dengan perlawanan masih tanpa jaringan dan dia menjadi pemmain yang berada di tengah-tengah tiga gol lewat ketika Seleção menang 3-0.

Rafa memenangi penalti dan memberikan bantuan gol untuk Rafael Guerreiro dan Cristiano Ronaldo.

Walaupun cemerlang dalam perlawana tersebut, Rafa Silva tetap disisihkan dan bermain hanya 30 minit dalam tiga perlawanan berikutnya untuk Portugal dalam kejohanan itu.

Dia merupakan seorang pemain yang pendiam yang jarang memberikan temu bual.

Sebab kecil hati?

Spekulasi menyelebunginya, apabila Rafa Silva dikatakan tidak berpuas hati dengan pandangan pihak di FA Portugal yang menuduh dia sebagai “kurang usaha” dan “personaliti rumit” beliau menjelang akhir kempen kelayakan Piala Dunia 2022 Portugal.

Laporan tersebut dibocorkan sebuah akhbar di Portugal, dengan merujuk kepada laporan hariannya.

Fernando Santos dengan bersungguh-sungguh menolak laporan itu sebagai “palsu dan benar benar tidak berasas” sambil menambah: “Rafa telah menjadi pemain saya sejak 2015, dia adalah juara Eropah, dia memenangi Liga Negara-Negara, dia adalah pemain yang sentiasa saya harapkan.”

Santos dikatakan sangat kecewa kehilangan Rafa Silva yang memutuskan bersara sebelum Piala Dunia 2022 bermula.