Semalam, seorang pemain sedang meningkat naik dari Jepun yang kini beraksi dengan Newcastle United, Yoshinori Muto berjaya menjaringkan gol pertama beliau dalam kancah Liga Perdana Inggeris.

Namun, ketua jurulatih Newcastle United, Rafa Benitez telah membuat satu pengakuan kepada media sebab mengapa beliau tidak menurunkan bekas pemain liga universiti Jepun itu dalam kesebelasan utama lebih awal.

yoshinori muto

Menurut laporan dari The Sun, Rafa Benitez menjelaskan bahawa kekangan bahasa merupakan faktor utama Yoshinori Muto tidak diletakkan dalam kesebelasan utama. Beliau juga memberitahu bahawa Muto tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris langsung dan hanya mampu menjawab ‘yes, yes, yes’ diikuti dengan senyuman tanpa memberikan indikator jelas samada beliau faham atau tidak mesej yang cuba disampaikan.

Sebelum berangkat ke Manchester, Rafa turut membuat pengakuan bahawa keupayaan Muto berbahasa Inggeris tidak seperti apa yang mereka jangkakan.

“Tetapi apa yang bagus adalah dia sentiasa memberikan senyuman”

“Ada satu ketika saya bertanyakan soalan kepada Muto. Sambil melemparkan senyuman dia membalas dengan ‘yes,yes,yes’ dan dia tidak faham pun soalan itu”

yoshinori muto

“Kami kemudian menjelaskan kepada Muto secara perlahan-lahan. Kami perlu melakukan beberapa pergerakan yang difahami oleh Muto, dan melihat kembali video untuk menganalisa semua perkara”

Rafa Benitez juga menyatakan bahawa setiap pemain adalah berbeza caranya. Yoshinori Muto akan bertambah baik penguasaan bahasa Inggerisnya serta memahami bagaimana gaya permainan rakan sepasukan.

“Yoshinori Muto perlu tahu pergerakan rakan sepasukan dan dia perlu berkomunikasi. Dia akan menjadi lebih baik nanti.”

Sumber