Isu perkauman masih menjadi masalah utama yang membelenggu saingan liga bola sepak Eropah dimana baru-baru ini ianya melibatkan penyokong kelab Scotland, Rangers dan bintang baharu seteru utama mereka iaitu Kyogo Furuhashi yang beraksi bersama Celtic.

Segelintir penyokong Rangers menyanyikan lagu yang menghina Kyogo serta membuat isyarat ‘mata sepet’ ketika dalam perjalanan bagi menyaksikan perlawanan menentang Ross County minggu lalu.

Rangers kemudiannya menjalankan siasatan terhadap penyokong yang bersifat perkauman terhadap pemain Jepun itu dan mereka telah mengambil tindakan tegas terhadap penyokong yang terlibat.

Kelab bimbingan Steven Gerrard itu mengambil keputusan untuk melarang penyokong yang menyanyikan lagu serta membuat isyarat perkauman yang ditujukan kepada Kyogo Furuhashi untuk hadir ke stadium pada masa akan datang.

“Rangers mengecam segala tindakan segala bentuk perkauman dan juga diskriminasi. Mereka yang terlibat bukanlah wakil kami ataupun penyokong tegar yang mana bersama kami tak kira apa jua keadaan.

“Individu yang terlibat telah digantung daripada hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Rangers,” katanya dalam satu kenyataan.

Kyogo merupakan bintang baharu Celtic dimana beliau telah menjaringkan tiga gol dalam saingan Scottish Premier League (SPL) setakat ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Kobe Chong Sertai Kelab Liga Kejuaraan, Peterborough United

TERKINI: Liridon Krasniqi Sertai Odisha FC Secara Pinjaman

Daniel Wafiudin Buru Impian Jadi Penjaga Gol Harimau Malaya