Dalam perlawanan pertama Unifi Liga Super Malaysia 2018, 13 gol telah dijaringkan dalam kesemua perlawanan yang telah berlangsung oleh 13 orang pemain.

12 dari pemain-pemain itu adalah pemain import dan hanya seorang sahaja pemain tempatan yang berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol pada perlawanan pertama – Mohamad Qayyum Bin Marjoni Sabil.

Qayyum adalah pemain PKNS FC, telah menjaringkan gol pertama PKNS untuk menyamakan kedudukan 1-1 ketika bertemu Terengganu FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Sejarah Ringkas Karier Qayyum Marjoni

Memulakan karier bersama skuad Piala Presiden Kelantan pada 2012, Qayyum merupakan salah seorang anggota skuad yang telah menjuarai Piala Presiden 2013 dibawah kendalian Zahasmi Ismail.

selangor_football_1905_620_426_100

Beliau yang beraksi diposisi pertahanan kiri dan kerap juga dilihat dibahagian sayap, pernah menyertai skuad Harimau Muda yang beraksi di National Premier Leagues Queensland dan selepas itu menyertai pasukan Harimau Muda B. Pada tahun 2015, Qayyum kembali bersama skuad presiden Kelantan dan mula bersama skuad senior Kelantan pada kempen Liga Super 2016 bersama 4 lagi pemain dari skuad Piala Presiden.

Debut Qayyum bersama Kelantan adalah ketika bertemu Terengganu pada 23 April 2016 di Stadium Sultan Muhammad IV, dengan Kelantan menewaskan pasukan pelawat 3 gol tanpa balas.

Musim 2018, Qayyun menyertai sebuah lagi pasukan Liga Super di Lembah Kelang, PKNS FC dengan kontrak setahun bersama ‘option’ lanjutan setahun lagi.