Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Qatar berjaya memperoleh kemenangan pertama dalam temasya CONCACAF Gold Cup edisi kali ini dimana mereka menewaskan Grenada dengan keputusan 4-0.

Wakil tunggal Asia itu mencari kemenangan pertama selepas terikat 3-3 ketika menentang Panama pada perlawanan pembukaan kumpulan D pada Rabu lalu.

Skuad kendalian Felix Sanchez itu tidak berdepan sebarang masalah ketika menentang Grenada dimana mereka menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama dan satu gol pada babak kedua sekaligus meraih kemenangan pertama.

Abdelaziz Hatim, Akram Afif dan Mohamed Muntari menjaringkan gol pada separuh masa pertama dan kemudiannya Almoez Ali turut mencipta jaringan pada awal separuh masa kedua sekaligus memberikan kemenangan 4-0 kepada Qatar.

Akram turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dimana beliau meneruskan prestasi cemerlang ketika berdepan Panama dimana beliau turut menjaringkan gol serta menyumbang assist.

Pada aksi kumpulan D yang seterusnya, Qatar akan turun berdepan Honduras dan satu mata sudah cukup untuk melayakkan mereka ke peringkat suku akhir.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Jeonbuk Hyundai Motors Daftarkan Sasalak Haiprakhon Hadapi Saingan ACL 2021

Shakir Hamzah Kembali Ke Liga Singapura Sertai Tanjong Pagar United

Selangor ‘Tumpang’ Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Hadapi Baki Saingan Liga Super 2021

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group