Skuad kebangsaan Qatar membuka kempen mereka dalam kejohanan CONCACAF GoldCup 2021 berdepan pasukan Panama dalam aksi pertama kumpulan D yang berakhir dengan keputusan seri 3-3.

Kesemua 6 gol tersebut dijaringkan dalam separuh masa kedua perlawanan, dan paling gila adalah 5 gol awal terhasil dalam tempoh 15 minit!

Saksikan highlights perlawanan Qatar bertemu Panama dibawah.

Selain dari jumlah jaringan gol serta aksi menarik yang dipamerkan dalam perlawanan tersebut, nama Almoez Ali kini menjadi sebutan apabila pemain Qatar yang berusia 24 tahun itu muncul sebagai permain pertama yang berjaya menjaringkan gol dalam 3 kejohanan peringkat benua!

Sebagai rekod, Almoez Ali telah muncul selaku penjaring terbanyak saingan Piala Asia 2019, Copa America 2019 (Qatar tewas 1-2 kepada Paraguay), dan kali ini mencatatkan nama selaku penjaring dalam CONCACAF Gold Cup 2021.

Dikatakan bahawa beliau merupakan pemain pertama seumpanya berjaya menjaringkan gol dalam 3 kejohanan benua didunia dalam sejarah bola sepak.

Pemain yang dilahirkan di Sudan itu, merupakan salah seorang watak penting kekuatan skuad kebangsaan Qatar dibawah bimbingan Felix Sanchez, dan mereka sedang melakukan persiapan rapi untuk memberikan saingan hebat dalam kejohanan Piala Dunia 2022 ditempat sendiri nanti.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah disediakan dibawah.

FIFA Iktiraf 89 Gol Antarabangsa Mokhtar Dahari, Tempat Ke-3 Senarai Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman

MA Ranking: JDT Raih 4 Mata Berharga Bantu Malaysia Kekalkan Slot AFC Champions League Musim 2023

Selepas 28 Tahun Liga Profesional Dilancarkan, Kini J.League Disiarkan Secara LIVE Di 66 Buah Negara