Piala Dunia 2022 di Qatar akan berhadapan cabaran suhu yang panas serta tahap kelembapan yang rendah.

Ramai yang menzahirkan rasa bimbang tentang keselamatan pemain yang akan beraksi di bawah cuaca panas. Begitu juga dengan penyokong yang hadir.

Namun Qatar sudah bersedia berhadapan dengan isu suhu panas dengan inisiatif di mana mereka akan cuba menyejukkan suhu di dalam stadium sebelum sepak mula setiap perlawanan.

Piala Dunia Qatar 2022 dianggap penganjuran paling mahal dalam sejarah bola sepak. Kos untuk membina venue juga sangat tinggi. Antara punca kepada kos tinggi ini termasuk teknologi di dalam stadium iaitu sistem pendawa dingin.

Setiap stadium Piala Dunia 2022 dilengkapi dengan sistem pendawa dingin yang khas. Sistem hawa dingin ini akan dibuka 2 jam sebelum sepak mula. Ianya untuk memastikan udara di dalam stadium berada dalam keadaan sejuk.

Menurut laporan teknologi tersebut mampu membuatkan stadium berada dalam tahap suhu dari 18 sehingga ke 24 darjah celsius.

Pendawa dingin ini dipasang di kesemua 8 venue utama pertandingan pada edisi kali ini untuk memastikan kesemua gelanggang pertandingan tidak terlalu panas.

Sistem ini berfungsi dengan saluran ventilasi besar di beberapa bahagian di dalam stadium termasuk di bawah tempat duduk penyokong.

Menurut jurucakap Qatar 2022, pendawa dingin tersebut bukan sahaja bertindak untuk menyejukkan udara, namun turut membersihkan udara di sekitarnya. Teknologi tersebut adalah hibrid, pendawa hingan dan pembersih udara dalam satu masa yang sama.

Jadi, ianya turut membantu mereka yang ada alahan kulit kepada debu kotor.

Ia juga bertepatan dengan hasrat FIFA yang bekerjasama dengan WHO mahu mewujudkan persekitaran bersih dan bebas pencemaran di dalam stadium sepanjang penganjuran Piala Dunia 2022.

Antara langkah diambil termasuk memperketatkan arahan larangan merokok di semua stadium Piala Dunia 2022 termasuk larangan ke atas rokok elektronik.

Sesiapa yang tertangkap melakukan kesalahan tersebut akan dikenakan hukuman berat.

Piala Dunia Qatar akan memulakan aksinya pada 20 November 2022. Menjadikan ia Piala Dunia pertama yang dianjurkan pada musim sejuk di Eropah.