Qatar berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir saingan CONCACAF Gold Cup 2021 setelah menewaskan Honduras pada aksi terakhir kumpulan D.

Sebelum aksi menentang Honduras, Qatar berada di tangga kedua dan hanya memerlukan satu mata untuk layak ke peringkat suku akhir. Namun, skuad kendalian Felix Sanchez itu menampilkan persembahan cemerlang sekaligus meraih tiga mata penuh.

Dua gol yang dijaringkan oleh Homam Ahmed pada minit ke-25 dan Abdelaziz Atem pada masa kecederaan separuh masa kedua meletakkan Qatar di puncak kumpulan D, dibezakan satu mata dengan Honduras.

Pada peringkat suku akhir, juara Piala Asia 2019 itu bakal berdepan El Salvador yang menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat kedua dibelakang Mexico.

Tiga lagi perlawanan melibatkan Mexico menentang Honduras, Costa Rica menentang Kanada dan Amerikan Syarikat menentang Jamaica.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Skuad Harimau Malaya Dikaitkan Dengan Perlawanan Persahabatan Berdepan Palestin Bulan September Nanti

Senarai Pemain Lebih Umur Acara Bola Sepak Sukan Olimpik 2020

ZamSaham Lihat PSPS Riau Dan Kelantan FC Berpotensi Memberi Keuntungan Dalam Tempoh 10 Tahun Akan Datang