Juara Piala Asia 2019, Qatar teruskan rentak cemerlang dalam saingan CONCACAF Gold Cup 2021 apabila melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan El Salvador, 3-2 pagi tadi.

Dalam perlawanan itu, Qatar mempunyai banyak peluang terhidang dan terlebih dahulu akaun jaringan melalui Almoez Ali seawal minit ke-2. Kemudian, Abdulaziz Hatem menambah gol kedua pada minit ke-8 sekaligus melenyapkan sorakan ribuan penyokong lawan di Stadium.

Memasuki separuh masa kedua, Qatar terus menambah gol ketiga pada minit ke 55 melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh Almoez Ali. Bagaimanpun, ia tidak mematahkan semangat pemain lawan untuk bangkit mencari jaringan penyamaan.

Antonio Rivas menjaringkan dua gol untuk El Savador pada minit ke 63 dan 66 namun kebangkitan itu tidak bertahan lama dan keputusan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan. Qatar akan bertemu Amerika Syarikat atau Jamaica di peringkat separuh akhir.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Qatar melalui pautan dibawah. 

Qatar Layak Ke Peringkat Suku Akhir CONCACAF Gold Cup 2021

Qatar Tewaskan Grenada, Catat Kemenangan Pertama Saingan CONCACAF Gold Cup 2021

Qatar Seri 3-3 Bertemu Panama, Almoez Ali Cipta Rekod Jaringkan Gol Dalam 3 Kejohanan Tertinggi Benua