FIFA mengesahkan bahawa bendera pelangi tanda sokongan kepada LGBT akan dibenarkan di Stadium di Piala Dunia Qatar 2022.

CEO Piala Dunia Qatar, Nasser Al-Khater, menyatakan pihaknya sedar, penyokong yang merupakan puak LGBT+ akan merasa risau untuk hadir ke Piala Dunia itu nanti.

Lebih lebih lagi Qatar merupakan negara Islam, dan negara tersebut melarang perkahwinan sejenis. Ia bertentangan dengan pendirian FIFA tentang LGBT.

Namun Qatar akan mengambil langkah bertoleransi agar mereka menepati piawaian FIFA dalam penganjuran Piala Dunia itu nanti, meskipun sedar bahawa negara negara Arab sangat menentang LGBT.

Kurang dua tahun daripada sepak mula, ketua perhubungan tanggungjawab sosial FIFA, Jayce Cook berkata: “Saya terbuka menyatakan saya adalah wanita ‘gay’ [merujuk kepada orientasi seksual kaum sejenis]. Ini perkara peribadi bagi saya, dan ia dekat dengan saya.”

“Kita akan melihat perubahan drastik dalam semua aspek termasuk penerimaan bendera pelangi, baju pelangi, dan semuanya akan dialu alukan ke dalam stadium. Mereka [Qatar] sangat memahami pendirian kami.”

Nasser kemudian tampil memberikan jaminan bahawa mereka akan membenarkan apa sahaja yang berkaitan dengan promosi LGBT+ nanti. Dan tidak akan mengarahkan pegawai mereka menurunkan atau menghapuskannya.

“Apabila tiba kepada isu bendera pelangi di dalam stadium, FIFA ada garis panduan tersendiri, mereka ada peraturan dan regulasi,” tegas Nasser.

“Apa sahaja yang mungkin akan mereka lakukan, kami akan menghormatinya.”

“Kami negara yang konservatif, namun, pada masa yang sama, kami negara yang ramah dan mengalukan tetamu.”

“Kami sangat terbuka dan mengalu alukan tetamu tinggal di sini. Kami faham perbezaan budaya oleh manusia. Kami faham perbezaan kepercayaan manusia, dan saya rasa, sekali lagi saya tegaskan, semua orang dialu alukan datang ke negara kami dan semua orang akan dilayan dengan hormat.”

“Sama juga maca budaya kita, kita juga berharap orang lain menghormati budaya kita. Saya rasa ada kesimbangan di situ dan ada perasaan hormat daripada semua orang di seluruh dunia.”

Sebelum ini, aktivis anti diskriminasi, Chris Pouros yang juga pengerusi bersama Proud Lilywhites Proud (aktivis LGBT) mendesak agar Qatar menukar segera polisi dan undang undang mereka berkaitan LGBT.

“Harapan saya, satu dialog sebenar di antara komuniti LGBT di Qatar agar mereka tidak ditindas, dan kita boleh mengubah sosial di negara mere buat selamanya.

Baca juga perkembangan lain

UCL: Inter Milan Gagal Mara Ke Kalah Mati Dan Ke UEL

UCL: Tandukan Benzema Hantar Real Madrid Ke Kalah Mati

UCL: Hatrik Neymar Bantu PSG Bantai Istanbul Basaksehir