Juara Piala Asia 2019, Qatar membawa barisan pemain terbaik bagi menghadapi temasya CONCACAF Gold Cup 2021 yang akan bermula pada 11 Julai ini.

Skuad kendalian Felix Sanchez itu menjadi satu-satunya pasukan jemputan dalam saingan edisi kali ini dan mereka diundi dalam kumpulan D bersama Grenada, Honduras dan Panama.

Meskipun berstatus pasukan jemputan, namun juara Asia itu dilihat tidak mahu menjadi pelengkap jadual semata-mata dimana mereka membawa nama-nama besar bagi membawa cabaran pasukan.

Antara pemain yang dibawa ialah Almoez Ali yang merupakan penjaring terbanyak Piala Asia 2019 dengan 9 gol selain dua lagi pemain di bahagian serangan iaitu Hassan Al Haydos dan Akram Afif. Turut disenaraikan ialah penjaga gol terbaik ketika saingan edisi 2019, Saad Abdullah al-Sheeb.

Qatar akan berdepan Panama pada aksi pertama kumpulan D pada 14 Julai ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Benjamin Mora Akui Mental Pemain JDT Berubah Selepas Pohang Steelers Jaringkan Gol

Penjaring Terbanyak Piala AFC, Bienvenido Marañón Semakin Hampir Jadi Warganegara Filipina

ACL 2021: Pohang Steelers Terus Bikin JDT Terluka