Syarikat penerbangan terkemuka dunia, Qatar Airways dilaporkan akan menjadi penaja Liga Bola Sepak Filipina (PFL) untuk 3 musim akan datang menurut artikel yang dikeluarkan oleh portal PhilStar Global.

Menurut presiden Persatuan Bola Sepak Filipina (PFF), Nanong Araneta memberitahu bahawa hasil penjaan itu akan membolehkan mereka mempunyai dana yang cukup untuk menjalankan operasi bagi kejohanan bola sepak peringkat bawah umur seperti B18, B17 serta B16 dibawah PFL dalam peringkat kebangsaan.

Selain itu, ia juga membuka lebih banyak peluang untuk membangunkan liga B12 dan B14 diperingkat regional untuk mencungkil lebih banyak bakat-bakat muda bagi menaikkan lagi taraf bola sepak Filipina.

shan-united-ceres-negros-shan-united-afc-cup-2019

Pihak PFF melalui presiden Nanong Anaret juga sedang membangunkan beberapa fasiliti untuk menjadikan bola sepak di Filipina lebih baik dengan pembinaan ibu pejabat baru, dormitory, serta pusat latihan di Carmona yang dijangka siap sepenuhnya 4 tahun lagi.

Seperti yang kita tahu, industri bola sepak di Filipina tidak sebesar sukan lain seperti bola keranjang, namun tahun demi tahun kualiti yang dipamerkan oleh pasukan kelab dan skuad kebangsaan mereka cukup memberangsangkan.

Tekini, berdasarkan kedudukan ranking FIFA pasukan Filipina berada di ranking ke 126 dunia dan pasukan ke 3 terbaik di Asia Tenggara.

Baca juga artikel menarik lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai peminat sejati bola sepak.

Thai League 1: Purata Kehadiran Penonton Ke Stadium Musim 2019 Meningkat 27.6% Berbanding Tahun Sebelumnya

Bawa Masuk ‘Messi Vietnam’ Sedap Bunyinya, Faedah Tidak Seberapa Dari Pengikut Instagram

Gara-Gara Tiada Pasukan Bawah 15 Tahun, Hanoi FC Hilang Slot AFC Champions League Dan AFC Cup 2020

Sumber