Gergasi Bundesliga, Bayern Munich sekali lagi membuat pengumuman rasmi berkenaan kerjasama terbaru mereka dengan syarikat penerbangan terkemuka dunia Qatar Airways sebagai rakan penerbangan rasmi kelab itu.

Mulai 1 Julai 2018, Qatar Airways akan menggantikan Lufthansa sebagai rakan penerbangan rasmi Bayern Munich dengan kontrak selama 5 tahun sehingga musim 2022/23.

Dengan pengesahan rasmi yang dibuat, ramai melihat tawaran rakan penerbangan rasmi dari Qatar Airways ini sebagai lanjutan kepada kerjasama diantara Hamad International Airport (HIA) bersama Bayern Munich sebagai penaja lengan jersi kelab itu yang telah ditandatangani pada tahun lepas.

8b281c16d917d6da2f1de7668ab05452v1_max_755x424_b3535db83dc50e27c1bb1392364c95a2

Menurut laporan dari FAZ, sebuah syarikat akhbar berpangkalan di Frankfurt, kontrak diantara Bayern Munich dan Qatar Airways diramalkan bernilai lebih dari 10 juta Euro (RM48 juta) yang dibayar oleh HIA kepada Bayern.

Kontrak HIA sebagai penaja adalah selama 6 tahun, manakala Qatar Airways pula selama 5 tahun dan ini membolehkan Bayern Munich ‘secure’ nilai tajaan berjumlah sekurang-kurangnya 100 juta Euro (RM481 juta) hanya dari 2 penaja ini sahaja untuk 5 tahun akan datang.

HIA-FC-Bayern-Munich

Walaubagaimanapun, Qatar Airways hanya akan disenaraikan sebagai rakan penaja platinum ‘second-level’ dibelakang penaja utama kelab seperti Adidas, Telekom, Audi dan Allianz.

“Qatar Airways kini sedang giat memperkembangan dan membuka destinasi baru di pasaran Asia dan Amerika. dan ini akan membantu kami untuk mencapai ‘internationalization’, dan kami akan mampu bergerak bersama untuk merangka strategi perniagaan.” – Andreas Jung, Pengarah Pemasaran Bayern Munich.

 

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group