Portal sukan dari Perancis, Le Parisien melaporkan Putera Mahkota dari Kemboja, Norodom Ravichok merancang untuk membeli kelab Ligue 1, AS Saint-Étienne dengan tawaran lumayan bernilai €100m.

Bagaimanapun, ahli lembaga kelab tersebut belum memberi jawapan mengenai tawaran itu yang dikemukakan oleh KPMG iaitu firma yang bertanggungjawab dalam mencari pelabur baru menurut France Bleu pada hari jumaat lepas.

Perbincangan lebih lanjut akan diadakan pada masa terdekat dengan tawaran itu dianggap cukup mengejutkan selepas mengambil kira situasi semasa kedudukan kewangan kelab tersebut yang semakin membimbangkan.

Norodom dikatakan sebagai Francophile, dengan datuknya pernah menjadi teman peribadi Charles de Gaulle.

Beliau juga amat meminati sukan bola sepak, dan dilaporkan ingin meneruskan hubungan lama antara Perancis dan Kemboja dengan mengambil alih salah satu kelab bola sepak bersejarah di negara itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak eropah melalui pautan dibawah. 

Keisuke Honda Terus Berkelana Di Eropah, Kali Ini Sertai Kelab Lithuania

PSG Bangkit Dari Ketinggalan, Messi Terus Buntu Dan Berang Dikeluarkan

TERKINI: James Rodriguez Sedang Berunding Dengan Kelab Qatar