Putera Mahkota Kemboja, Norodom Ravichok dilaporkan membatalkan niat untuk membeli kelab yang beraksi dalam saingan Ligue1 Perancis, Saint-Étienne.

Menurut perkongsian Asean Football di laman media sosial Twitter, Norodom membatalkan niat beliau untuk membeli Saint-Étienne kerana risau projek tersebut tidak akan mendatangkan hasil kerana situasi semasa yang dialami oleh kelab itu ketika ini.

St-Étienne ketika ini menduduki zon penyingkiran dalam saingan Ligue 1 dimana mereka berada di tangga ke-20 dan masih belum berjaya mencatat sebarang kemenangan setelah menghadapi 10 perlawanan setakat ini.

Masalah prestasi yang sedang dialami kelab itu juga menyumbang kepada keganasan dan protes di kalangan penyokong yang menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini.

Menurut pendedahan media Kemboja iaituKhmer Times, pelabur yang berminat untuk melabur di kelab itu kurang yakin dengan dokumen yang mereka terima mengenai situasi semasa kewangan pasukan.

Pengerusi kelab, Bernard Caïazzo berada di Amerika Syarikat bagi mebngadakan perbincangan dengan calon pelabur yang berpotensi. Selain Norodom Ravichok, antara pelabur yang berminat untuk memberikan dana kepada kelab ialah ahli perniagaan, Olivier Markarian selain syarikat dana pelaburan Amerika, Terrapin Partners.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

UCL: Dortmund Dibelasah Ajax, Haller Ketuai Senarai Kasut Emas

TERKINI: Kelab EPL Halang Newcastle Dapat Tajaan Luar Biasa Dari Syarikat Minyak Saudi

UCL: Liverpool Berjuang Mati Matian Untuk Tewaskan 10 Pemain Atletico