Putera Arab Saudi, Putera Abdullah bin Mosaad bin Abdulaziz Al Saud kini menjadi menjadi sah menjadi pemilik tunggal kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Sheffield United selepas Mahkamah Tinggi Britain mengarahkan pemilik bersama, Kevin McCabe untuk menjual 50 peratus daripada sahamnya kepada Putera Abdullah.

McCabe dan Putera Abdullah sebelum ini bertelagah sejak 2017 apabila kedua-duanya melancarkan bidaan untuk membeli Sheffield United sekaligus menjadi pemilik tunggal kelab dari Yorkshire itu. Putera Abdullah membeli 50 peratus saham kelab pada 2013 ketika Sheffield beraksi di divisyen ketiga bola sepak England dengan harga £1.

Putera Abdullah
Sumber Gambar: Telegraph

Setelah bertarung selama 20 bulan, mahkamah akhirnya membuat keputusan dimana mereka mengarahkan McCabe untuk menjual sahamnya kepada cucu kepada pengasas Arab Saudi itu dengan nilai £5 Juta. Kevin dalam satu kenyataan berkata beliau kecewa dan berasa teraniaya dengan layanan yang diberikan oleh Putera Abdullah.

Sementara itu, Putera Abdullah berkata beliau lega apabila mahmakah telah membuat keputusan dan kini tenaga kerja Sheffield United boleh memberikan tumpuan penuh dalam usaha memastikan kelab tersebut kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim hadapan.

Putera Abdullah
Putera Abdullah bin Mosaad bin Abdulaziz Al Saud. Sumber Gambar: BBC

“Tiada pemilik, pengarah, jurulatih atau pemain yang lebih besar daripada kelab. Bersama-sama penyokong kami mempunyai satu matlamat yang sama iaitu mahu kelab ini berada di kedudukan terbaik. Pengurus kami Chris Wilder dan pasukan akan memberikan permulaan positif dan kini kami boleh fokus kepada musim Liga Perdana Inggeris yang penting di bawah pemilikan yang stabil,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Mario Mandzukic Bakal Berhijrah Ke Asia Sertai Kelab Qatar

Presiden Cerezo Osaka Luah Hasrat Untuk Mendapatkan Khidmat Pemain Muda Malaysia