Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengiktirafkan Pusat Perubatan Sukan Negara (PPSN) selaku Pusat Kecemerlangan Perubatan yang kedua di Malaysia selepas Kuala Lumpur Sports Medicine Centre (KLSMC).

Menurut kenyataan daripada Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli, pengiktirafan daripada AFC ini memberi kelebihan akses PPSN dalam industri bola sepak Asia.

“Pengiktirafan ini banyak beri kelebihan akses kepada kita dalam industri bola sepak di Asia di mana rakan-rakan dan ahli AFC boleh mendapatkan khidmat perubatan semasa mengadakan kem latihan di Malaysia.

“Pakar di sini juga dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang kecederaan dalam sukan bola sepak, penjagaan dan teknologi baharu sains sukan,” katanya seperti dipetik dalam Bernama.

kaunter
FOTO: PPSN

Sementara itu, Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata, PPSN akan menjadi pusat rujukan utama perubatan sukan dan penyelidikan kepada pasukan dan ahli gabungan akan mendapat banyak manfaat.

Selain Malaysia terdapat enam lagi pusat perubatan yang diiktiraf oleh AFC iaitu di Dubai, Bangkok, Jepun, Australia, Iran, dan India.

“Bidang perubatan sukan semakin berkembang dan AFC sangat komited untuk mengadaptasi amalan perubatan yang terbaik bagi manfaat pemain bola sepak negara.

Pengerusi Jawatankuasa Perubatan AFC, Datuk Dr Gurcharan Singh menjelaskan bukan mudah untuk mendapatkan pengiktirafan daripada pihak AFC kerana syarat antarabangsa yang ditetapkan agak ketat dan perlu dipatuhi kesemuanya.

“Ia diputuskan oleh sebuah jawatankuasa bebas…kami melihat kepada infrastruktur, pendidikan, kemudahan dan penglibatan dalam penyelidikan perubatan sukan,” katanya.

Baca artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Persija Jakarta Dilaporkan Sedang ‘Nego’ Untuk Dapatkan Khidmat Keisuke Honda

AFC B-23 Tahun: Vietnam Gagal Ikut Jejak Langkah Thailand

Umpanan Padu Bekas Pemain Oita Trinita Ini Bakal Dinikmati Norshahrul Idlan Talaha Di BG Pathum United

Sumber