Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), baru sahaja mengeluarkan senarai akhir 23 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk perlawanan ketiga Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Khamis, 10 Oktober 2019.

Berikut adalah senarai pemain yang dibawa ke Vietnam;

BIL NAMA

      UMUR

POSISI

PASUKAN

1

MOHD FARIZAL MARLIAS

33

PENJAGA GOL

JOHOR DARUL TA’ZIM

2

ADAM NOR AZLIN

23

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

3

MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK

32

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

4

LA’VERE CORBIN-ONG

28

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

5

MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA

22

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

6

MUHAMMAD SAFAWI RASID

22

SAYAP

JOHOR DARUL TA’ZIM

7

MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID

20

SAYAP

JOHOR DARUL TA’ZIM

8

MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD

24

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

9

SHAHRUL MOHD SAAD

26

PERTAHANAN

PERAK

10

MUHAMMAD HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY

26

PENJAGA GOL

PERAK

11

NAZIRUL NAIM CHE HASHIM

26

PERTAHANAN

PERAK

12

BRENDAN GAN

31

TENGAH

PERAK

13

MATTHEW DAVIES

24

PERTAHANAN

PAHANG

14

MOHAMADOU SUMAREH

25

SAYAP

PAHANG

15

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

33

PENYERANG

PAHANG

16

MUHAMMAD SYAHMI SAFARI

21

PERTAHANAN

SELANGOR

17

ABDUL HALIM SAARI

25

TENGAH

SELANGOR

18

MOHD KHAIRULAZHAN MOHD KHALID

30

PENJAGA GOL

SELANGOR

19

MUHAMMAD AKRAM MAHINAN

26

TENGAH

PKNS FC

20

MUHAMMAD DANIAL AMIER NORHISHAM

22

PENYERANG

FELDA UNITED

21

MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA

24

PERTAHANAN

KUALA LUMPUR

22

DOMINIC TAN JUN JIN

22

PERTAHANAN

POLICE TERO FC

23

MOHD AZZIZAN NORDIN

25

TENGAH

SABAH

3 Pemain Digugurkan Kerana Kecederaan

Daripada senarai di atas, Cheng Hoe telah menggugurkan tiga pemain yang sebelum ini berada dalam senarai 26 pemain yang dipanggil mengikuti kem latihan pusat di Kuala Lumpur bermula 30 September lalu iaitu dua pemain Perak, Shahrel Fikri Md Fauzi dan J Partiban serta Nor Azam Abdul Azih (Pahang), ketiga-tiganya kerana masalah kecederaan dan mereka tidak beraksi ketika skuad kebangsaan menewaskan Sri Lanka 6-0 pada Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 5 Oktober lalu.

EGWRtNKUYAUw4QK

Terdahulu, Cheng Hoe telah memanggil penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid untuk melapor diri pada 30 September bagi menggantikan tempat penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim yang cedera serta memanggil pemain tengah Sabah, Azzizan Nordin untuk melapor diri pada 1 Oktober sebagai pemain ke-26 selepas melihat situasi beberapa pemain yang hadir ke kem latihan pusat kebangsaan mengalami kecederaan.

Purata Umur Skuad Malaysia

Berdasarkan senarai akhir yang telah dikeluarkan oleh pasukan Vietnam beberapa hari yang lalu, dari segi purata umur pemain untuk skuad 23 pemain akhir kedua-dua buah pasukan, Malaysia memiliki purata yang lebih muda.

Skuad Malaysia mempunyai purata umur 25.65 tahun dengan Muhammad Akhyar Abdul Rashid yang berumur 20 tahun sebagai pemain paling muda, manakala Norshahrul Idlan Talaha berumur 33 tahun merupakan pemain paling senior.

Baca juga artikel lain menjelang pertemuan Malaysia dengan Vietnam Khamis nanti.

Akibat Terlepas Penerbangan, Doan Van Hau Gagal Hadiri Sesi Latihan Vietnam

Vietnam Ketatkan Kawalan Keselamatan Stadium Nasional My Dinh, Lebih 30 CCTV Untuk Pantau Aktiviti Penyokong

Philippe Troussier Akan Persiapkan Generasi Baru Vietnam Untuk Layak Ke Piala Dunia 7 Tahun Lagi