Menurut sebuah akaun Twitter yang dimiliki oleh seorang warga Jepun, telah memuat naik satu maklumat mengenai purata ketinggian pemain-pemain 14 buah pasukan yang akan beraksi dalam saingan V.League 1 musim 2020 ini.

Dalam kemaskini terbaru itu, secara keseluruhannya pemain-pemain yang beraksi dalam saingan V.League 1 musim 2020 mempunyai purata ketinggian 175.3 cm, dimana kelab Hoang Anh Gia Lai (HAGL) mempunyai purata paling tinggi pada angka 177.25 cm.

Manakala bagi kelab SHB Da Nang pula adalah pasukan yang mempunyai purata ketinggian yang paling rendah pada 172.32 cm sahaja dari semua 14 pasukan bertanding musim 2020 ini.

Dalam musim 2020 ini, pemain yang memiliki ketinggian paling rendah adalah pemain kelab Duoc Nam Ha Nam Dinh iaitu Vu The Vuong yang memiliki ketinggian 152 cm sahaja, 4 cm lebih rendah dari pemain pasukan Terengganu FC, Faiz Nasir.

Paling menarik adalah juara bertahan V.League 1 untuk 2 tahun berturut-turut, Hanoi FC berada dikedudukan ke-12 dengan purata ketinggian pemain mereka adalah 174.71 cm sahaja dan ini mungkin membayangkan mereka hanya memberikan fokus kepada bola rendah mengikut kesesuaian fizikal yang dimiliki.

Berikut adalah purata ketinggi pemain mengikut kelab yang beraksi dalam saingan V.League 1 musim 2020;

  1. Hoang Anh Gia Lai: 177.25 cm
  2. Than Quang Ninh: 176.71 cm
  3. Hai Phong FC: 176.70 cm
  4. Becamex Binh Duong: 175.78 cm
  5. Quang Nam: 175.73 cm
  6. Thanh Hoa FC: 175.48 cm
  7. Ho Chi MInh City FC: 175.18 cm
  8. Viettle FC: 175.15 cm
  9. Song Lam Nghe An: 175.10 cm
  10. Duoc Nam Ha Nam Dinh: 175.00 cm
  11. Hong Linh Ha Tinh: 174.89 cm
  12. Hanoi FC: 174.71 cm
  13. Sai Gon FC: 174.07 cm
  14. SHB Da Nang: 172.32 cm

Menarik untuk kita tahu mengenai berapakah purata ketinggian pemain pasukan-pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim 2020 dan membandingkan dengan liga dari negara lain terutamanya di Asia Tenggara.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

AFC MA Ranking: Filipina Sudah Potong Kedudukan Australia, Kini Berada Ditempat Ke-6 Asia Timur

Slot AFC Cup Akan Diberikan Kepada Juara Piala FA Dan Naib Juara Liga Super Mulai 2021

‘Through pass’ Padu Theerathon Bunmathan Membelah 6 Pertahanan Sydney FC Raih Pujian Ramai