Walaupun Chelsea bermula dengan terumbang ambing pada awal musim ini, namun Christian Pulisic yakin pasukan The Blues sudah mencapai tempo mereka.

Lampard sebelum ini sudah memberitahu bahawa, Chelsea tak konsisten kerana kurangnya perlawanan pra musim untuk mereka mengumpulkan dan menyerasikan adunan para pemain baharu dan lama.

Pulisic percaya bahawa permulaan kurang meyakinkan yang ditunjukkan oleh Chelsea tidak akan memberi kesan yang besar. Lebih-lebih lagi, pemain Chelsea juga kelihatan semakin serasi.

Pulisic merujuk kepada aksi terakhir berdepan Crystal Palace. Di mana Chelsea menang besar.

Pulisic juga yakin beliau akan dapat membantu pasukannya bersaing merebut kesemua gelaran musim ini termasuk trofi Liga Juara-Juara 2020/2021.

Pulisic diberikan jersi nombor 10 yang ikonik. Jersi yang signifikan dengan Eden Hazard sebelum ini.

“Chelsea adalah kelab yang mempunyai banyak sejarah yang selalu ingin bersaing dan memenangi gelaran,” kata Pulisic kepada Goal.

“Matlamat kami adalah untuk menduduki tempat tertinggi di dalam Liga Perdana Inggeris dan memenangi setiap piala yang ada.

“Kami juga memburu gelaran Liga Juara-Juara Eropah walaupun kami tahu tidak mudah — melihat kekuatan pasukan lawan musim ini,” lanjutnya.

“Tetapi kami mempunyai sekumpulan individu yang hebat, kami akan bertanding, dan kami dahagakan memenangi trofi,” tambah beliau lagi.

Pulisic baru kembali dari kecederaan. Musim lalu beliau menunjukkan prestasi luar biasa dalam debutnya bersama Chelsea.

The Blues sudah berbelanja sekitar GBP220 juta. Tiada alasan untuk Frank Lampard tidak membentuk pasukan yang mampu bersaing dengan sesiapa sahaja.

Chelsea juga menerima perkhabaran baik di mana Hakim Ziyech sudah boleh beraksi. Pemain itu terlibat dalam tugasan antarabangsa baru baru ini.

Baca juga perkembangan lain

Ozil Dapat Bonus Kesetiaan £8 Juta Kerana Terus Kekal Di Arsenal Musim Panas 2020

Felix Magath: Messi Yang Bagi Barcelona Trofi Bukan Guardiola, Klopp Pun Bukannya Bagus

Hatrik Sulung Haaland Bantu Norway Belasah Romania