7 tahun tanpa sebarang trofi, pasukan Pulau Pinang akhirnya berjaya meraih kejayaan yang bermakna apabila dinobatkan sebagai Juara Liga Premier 2020 selepas melakar kemenangan besar 4-0 ke atas Kelantan United di Stadium Bandaraya, semalam.

Berdasarkan rekod, kali terakhir mereka memenangi trofi ialah pada tahun 2013 ketika muncul sebagai sebagai juara Liga FAM sehingga mendapat tiket ke Liga Premier.

Selepas 10 perlawanan, Pulau Pinang masih mengekalkan rekod tanpa kalah dan mengutip 26 mata sekaligus mengesahkan tiket beraksi dalam saingan CIMB Liga Super 2021.

EjVqc4KVkAAcF29
FOTO: MFL

Dalam perlawanan itu, empat gol Pulau Pinang dijaringkan menerusi Lee Changhoon yang bijak menghidu peluang di depan gawang lawan.

Paling mencuri tumpuan ialah jaringan Al Hafiz Harun pada minit ke 20 hasil daripada gerakan cantik bersama rakan sepasukan. Rata-rata peminat menyifatkan gerakan itu persis permainan pasukan Sepanyol, Barcelona.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Babak kedua pula menyaksikan Pulau Pinang terus menambah dua lagi gol menerusi ledakan Bobby Gonzales dan Casagrande.

Kemenangan itu juga turut menyaksikan Kelantan United kekal di tangga 9 dengan 9 mata selepas merekodkan 5 kekalahan berturut-turut.

Walaupun aksi liga masih berbaki satu perlawanan, skuad Harimau Kumbang berpeluang kekalkan rekod tanpa kalah jika seri atau menang ke atas Terengganu FC II di tempat lawan minggu depan.

Kali terakhir Pulau Pinang beraksi dalam saingan Liga Super ialah pada tahun 2017.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

IG Story Eyka Farhana Dedahkan Kehadiran ‘Penyokong’ Ke Stadium, MFL Wajib Tampil Beri Penjelasan

Julang Kejuaraan Liga Super 7 Kali Berturut-Turut, JDT Nyata Berada Dalam Kelas Tersendiri