Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pulau Pinang semakin hampir untuk mendapatkan khidmat penyerang skuad kebangsaan Tajikistan, Sheriddin Boboev bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana pemain tersebut berusia 21 tahun dan sudah beraksi bersama pasukan kebangsaan Tajikistan sejak 2017.

Boboev beraksi bersama FC Istiklol dalam saingan Liga Tajikistan musim ini dimana beliau membuat 16 penampilan dan berjaya menjaringkan 10 gol sekaligus membantu kelab tersebut memenangi saingan liga.

Setakat ini, Boboev telah memenangi beberapa kejuaraan antaranya Tajik League (2017,2018,2019,2020), Tajik Cup (2018,2019) dan Tajik Super Cup (2018,2020).

Setakat ini, juara Liga Perdana itu telah mendapatkan khidmat Ryuji Utomo secara pinjaman dari kelab Indonesia, Persija Jakarta, Bryan See Tian Kiat dari PDRM dan juga Shafiq Afifi dari Perak II.

Bagi menghadapi saingan musim 2021, Pulau Pinang juga mendapatkan khidmat ketua jurulatih baharu dimana mereka melantik Tomas Trucha dari Republik Czech.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Team FAM-MSN: Yusri Che Lah Dilantik Ketua Jurulatih, 30 Pemain Perintis Beraksi Dalam Liga Premier 2021

Kedah Mahu Manfaatkan Khidmat Pemain Muda Musim Hadapan

TMJ Beri Bayangan Bola Sepak Akan Kembali, Kehadiran Penonton 10% Dari Kapasiti Stadium

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group