Perak dilaporkan berdepan cabaran dari pasukan lain bagi mendapatkan khidmat bekas pemain sayap Kedah, Hadin Azman untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pendatang baharu Liga Super, Pulau Pinang turut berminat untuk menandatangani Hadin yang dilepaskan oleh pasukan Kedah apabila saingan musim 2020 berakhir.

Hadin merupakan satu diantara beberapa pemain yang tidak diberikan kontrak lanjutan oleh pengurusan pasukan Kedah bagi menghadapi saingan musim 2021.

Meskipun membantu Kedah layak ke saingan Piala AFC musim hadapan, namun skuad kendalian Aidil Sharin itu mahu membawa masuk muka baharu bagi mengisi posisi sayap pasukan.

Sebelum Pulau Pinang menyertai perlumbaan untuk mendapatkan Hadin, satu lagi pendatang baharu Liga Super, Kuala Lumpur dikhabarkan juga berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 26 tahun itu.

https://twitter.com/TajikistanFooty/status/1338519382293684228?s=19

Setakat ini, Pulau Pinang sudah berjaya mendapatkan dua pemain import iaitu Ryuji Utomo dan Sheriddin Boboev bagi mengisi kuota import Asean dan juga Asia serta mendapatkan khidmat ketua jurulatih baharu iaitu Tomas Trucha dari Republik Czech.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

MFL Cadangkan Kemasukan Penyokong Ke Stadium Secara Berskala

KFA Perkenalkan Logo Baharu Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman

Melaka United Jadi Destinasi Pilihan Khairul Helmi