Salah seorang pemain Sabah telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas tuduhan memukul teman wanitanya sehingga menyebabkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan jam 6 petang pada 8 Jun lalu.

“Dalam perselisihan faham antara mangsa dan teman lelakinya menyebabkan kecederaan di bahagian badan mangsa.

Sabah
Dr Hana Rose

“Suspek juga merosakkan telefon bimbit mangsa. Hasil maklumat dan risikan, polis menahan suspek dalam satu serbuan di sebuah hotel di sekitar Petaling Jaya untuk membantu siasatan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Dalam status Dr Hana Rose di laman media sosial Instagram miliknya membuatkan ramai terkejut. Kerana ada gambar bekas pemain kebangsaan yang kini beraksi untuk pasukan Sabah.

“Diserang [secara fizikal] oleh lelaki yang saya sayangi. [Yang] dulu berjanji setia selamanya sehingga tua.

“Tapi akhirnya [emoji kecewa]. Terkadang wanita boleh jadi bodoh dengan orang yang dia sayang, berdiam dan bertahan. Sekarang saya fobia dan trauma.

Di ruangan komen ada yang bertanya, sama ada ianya kesan daripada pergelutan ketika sparring, Dr Hana Rose menafikannya, sebaliknya dia menegaskan itu memang kesan daripada serangan fizikal oleh teman lelakinya.

Mengulas lanjut Fakhrudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 / 427 Kanun Keseksaan. Katanya, suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara kertas siasatan dilengkapkan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 037966222,” katanya.