Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui dia tidak begitu gembira dengan penjaga gol Arsenal, Bernd Leno yang tampil cemerlang untuk menggagalkan peluang The Reds.

Liverpool sekali lagi menjadi tuan rumah kepada Arsenal di Anfield pada 16 perlawanan terakhir Piala Carabao.

The Reds gagal mara setelah tewas dalam sepakan penalti selepas perlawanan masa sebenar berakhir 0-0.

Leno melakukan 7 saves dalam masa perlawanan sebenar dan menafikan penaltiDivock Origi dan Harry Wilson. Leno dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Selepas tamat perlawanan, Klopp juga memberikan pendapatnya mengenai persembahan Leno.

Klopp sudah memberitahu pemain yang senegara dengannya itu betapa pedihnya beliau melihat prestasi Leno semalam.

“Saya sudah memberitahunya selepas perlawanan bahawa saya tidak begitu sukan sangat dengan penampilannya!” kata Klopp sambil beseloroh.

“Kedua-dia babak kami bermain bagus. Tetapi beberapa penyudah kami yang tak menerjah gawang di babak kedua, hanya membuatkannya memanaskan enjin untuk penalti.”

Klopp mengakui bahawa kali ini pasukannya tidak bernasib baik.

“Sebagai pengurus, saya harap kami dapat menjaringkan gol tetapi saya juga ingin melihat kami mencipta peluang. Banyak momen berlaku dan kemudian semuanya kembali ke kualiti individu,” kata Klopp.

“Kami mempunyai kualiti dan kami menunjukkannya, tetapi tidak berhasil malam ini, tidak ada masalah. Kami akan mencuba lagi, saya berjanji,” katanya lagi.

Selain daripada Leno, Klopp mengakui beliau sangat suka melihat pasukan Arsenal yang ada pada hari ini.

“Tanpa bercakap seperti seorang penyokong Arsenal, saya sebenarnya sangat sukakan skuad mereka. Dan saya sangat suka dengan apa yang mereka lakukan pada saat ini.”

Baca juga perkembangan lain

UCL: Messi Jumpa Ronaldo Di Peringkat Kumpulan, United, PSG Dalam Kumpulan Maut

Piala Carabao: Bernd Leno ‘Tepis Keluar’ Liverpool

EPL: Liverpool Kekal Permulaan Sempurna, Diogo Jota Skor Pada Hari Debut