Syarikat minyak dan gas milik kerajaan Thailand, PTT mengumumkan mereka tidak akan membiayai kelab bola sepak, PTT Rayong musim hadapan sekaligus menyebabkan kelab tersebut menarik diri dari saingan Thai League 1 musim 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif PTT, Chansin Treenuchagron menyatakan pihaknya memutuskan untuk menggantung pemberian dana kepada Rayong dan akan memberikan fokus terhadap pembangunan pemain di peringkat akar umbi.

PTT Rayong
Sumber Gambar: PTT Rayong

“Kami memutuskan menggantung (dana) untuk PTT Rayong. Ini kerana kami mahu memberikan fokus terhadap pembangunan pemain di peringkat akademi. Kami telah terlibat dengan projek pembangunan pemain muda untuk sukan seperti bola sepak, tenis, futsal dan renang.

“Ada dua pasukan yang berpangkalan di Rayong dan kami tidak perlu bantuan pakar kerana sudah lama terlibat dalam bidang pengurusan bola sepak. Kami mahu mengubah polisi kami yang dahulunya menguruskan kelab bola sepak kepada menguruskan akademi bola sepak,” kata Chansin.

Tambah Chasin, warga Rayong kini boleh memberikan sokongan kepada kelab tempatan iaitu Rayong FC yang baru sahaja dipromosi ke saingan Thai League 1 musim hadapan.

PTT Rayong
Rayong FC menamatkan saingan Thai League 2 di tangag ketiga. Sumber Gambar: Rayong FC

“Rayong kini mempunyai pasukan mereka sendiri iaitu Rayong FC yang akan beraksi dalam saingan divisyen teratas musim hadapan. Kami berpendapat peminat perlu memberikan sokongan kepada kelab itu.

“Berkenaan gaji pemain dan pegawai pasukan, PTT akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan akan menyelesaikan segala pembayaran dalam jangka masa terdekat. Kami juga akan menggunakan Stadium PTT sebagai home untuk pemain akademi kami dan akan ada kejohanan di peringkat akar umbi diadakan di stadium itu,” ujarnya.

Dengan penarikan diri PTT Rayong, maka Suphanburi yang menamatkan saingan liga di tangga ke-14 akan kekal di Thai League 1 dan dua pasukan iaitu Chiangmai FC serta Chainat Horbill akan turun ke saingan Thai League 2.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Thai League di sini:

Thai League 1: Purata Kehadiran Penonton Ke Stadium Musim 2019 Meningkat 27.6% Berbanding Tahun Sebelumnya

Police Tero FC Berjaya Layak Ke Saingan Thai League 1, Peluang Baik Dominic Tan Jika Kekal

Kelab Thai League 1, Ratchaburi Mitr Phol Lantik Jurulatih Wanita Hadapi Saingan Musim 2020