Kelab Thai League 1, PT Prachuap mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak bekas pemain pertahanan skuad kebangsaan Singapura, Baihakki Khaizan berkuatkuasa serta-merta.

Perkara ini disahkan oleh pihak kelab dan juga Baihakki sendiri dimana pemain berusia 36 tahun itu meninggalkan PT Prachuap hanya selepas beraksi dua perlawanan dalam saingan liga domestik.

Pemenang Piala AFF Suzuki 2012 itu menyertai Prachuap pada awal musim ini setelah sebelumnya beraksi bersama Trat FC bagi saingan musim 2019.

Menurut laporan Bangkok Post, Baihakki meminta untuk menamatkan kontrak beliau bersama kelab kerana mahu pulang ke Singapura bagi menjaga keluarga ketika dunia sedang dilanda penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Selain menamatkan kontrak Baihakki Khaizan, Prachuap turut mengambil langkah sama terhadap penyerang import pasukan, Bruno Mezenga selepas pemain terbabit gagal untuk menyesuaikan diri di Thailand sekaligus tidak menampilkan persembahan terbaik.

Saingan Thai League yang dihentikan buat sementara waktu dijangka kembali bersambung pada September ini dan akan berakhir pada Mei 2021.

Baca artikel lain mengenai saingan Thai League di sini:

RASMI: Thai League Ditunda Sehingga Bulan September 2020 Dan Liga Dijangka Tamat Pada Bulan Mei 2021

Thai League Cadang Pasukan Buat Pemotongan Gaji Pemain Dan Staf Sebanyak 50 Peratus

Nilai Pasaran Semasa Pemain Malaysia Di Saingan Thai League