Arsenal mempersiak peluang untuk mengesahkan gelaran sebagai juara kumpulan A dalam pertandingan Europa League.

Pendahulu Liga Perdana Iggeris, Arsenal perlu “set semula” selepas tewas kepada PSV Eindhoven, kata Mikel Arteta.

Arsenal terlepas peluang untuk mengesahkan tempat teratas atau juara Kumpulan A, dan ianya kurang menggembirakan Mikel Arteta.

The Gunners hanya memerlukan satu mata di Belanda untuk mara ke 16 terakhir Mac depan.

Tetapi percubaan jarak jauh Joey Veerman  dan tandukan oleh pemain gantian Luuk de Jong – selepas kesilapan penjaga gol Aaron Ramsdale pada penampilan sulungnya di Eropah – bermakna Arsenal tewas di Eropah buat kali pertama musim ini.

“Saya sangat kecewa,” tambah Arteta.

“Kami tidak berada di tahap yang hampir sama dan kami tahu bahawa di Eropah sangat sukar untuk menang.”

“Saya melihat beberapa pemain kehabisan tenaga kerana kami terpaksa mengejar bola dengan begitu banyak.”

“Ia adalah penghujung jangka panjang di mana kami memenangi banyak perlawanan dan kami perlu menetapkan semula pasukan.”

PSV, yang diuruskan oleh bekas penyerang Manchester United, Ruud van Nistelrooy, juga mempunyai tiga gol diketepikan kerana ofsaid.

The Gunners perlu menewaskan Zurich, yang mereka kalahkan 2-1 di Switzerland pada 8 September, dalam perlawanan terakhir kumpulan mereka Khamis depan di Stadium Emirates untuk menjamin tempat ke pusingan 16 terakhir.

Jika mereka gagal menang dan PSV menewaskan Bodo/Glimt di Norway, Arsenal akan menghadapi dua perlawanan tambahan dalam playoff pusingan kalah mati, yang juga termasuk pasukan yang menduduki tempat ketiga dalam kumpulan Liga Juara-Juara mereka, termasuk Barcelona.

Arteta sebelum ini sudah menyatakan bahawa Arsenal harus menjuarai Kumpulan A dan ianya adalah misi pasukan mereka selepas mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati.