Baru-baru ini bekas pengendali skuad Piala Dunia Korea Selatan, Shin Tae-yong mencuri tumpuan para peminat bola sepak Indonesia selepas memberi kenyataan tidak berpuas hati terhadap pengurusan PSSI kepada media negaranya.

Setelah berbalas kenyataan melalui media masing-masing, akhirnya Ketum (Ketua Umum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Iwan Bule dan Shin Tae-yong bersemuka melalui panggilan video dalam talian.

Iwam Bule turut menegaskan masalah komunikasi  yang tak lancar menjadi punca perbalahan diantara kedua-dua pihak. Beliau juga akan memastikan perkara itu tidak terjadi lagi pada masa yang akan datang.

Oleh itu, kedua-duanya bersepakat untuk melupakan semua masalah itu dan kembali menumpukan perhatian kepada usaha untuk mempersiapkan skuad Indonesia menghadapi tiga kejohanan penting iaitu kempen kelayakan Piala Dunia 2022, Piala AFF Suzuki 2020 dan Piala Dunia bawah 20 tahun (B-20).

Ketum PSSI zoom dengan STY
Foto: PSSI

“Saya bertemu secara virtual dengan Shin Tae-yong dan hanya ditemani oleh penterjemah. Hasil pertemuan itu, kami menyedari ada masalah komunikasi disebabkan oleh COVID-19. Komunikasi menjadi tidak lancar.

“Namun, kami telah bersepakat untuk melupakan semua polemik yang berlaku. Beliau ingin terus membangunkan bola sepak Indonesia terutamanya skuad kebangsaan,” jelas Iwan Bule.

Tae-yong sebelum ini menyifatkan PSSI hanya mahukan kejayaan segera dan tidak boleh bersabar dengan pembangunan akar umbi yang telah dirancang secara berperingkat untuk membentuk pasukan yang berkualiti.

Shin Tae-yong dalam seleksi Timnas Indonesia U-19. (Foto: PSSI).
Shin Tae-yong dalam seleksi Timnas Indonesia U-19. (Foto: PSSI).

Iwan Bule turut menjelaskan Shin Tae-yong akan menyusun kembali program skuad kebangsaan yang mengalami perubahan susulan penularan wabak wabak COVID-19.

Pengendali yang berusia 51 tahun itu mengesahkan akan pulang ke Indonesia pada awal bulan julai untuk kembali memulakan tugasnya.

“Dalam satu atau dua hari, Shin akan membuat roadmap (peta hala tuju) baru, termasuk barisan pemain yang mungkin dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat.

“PSSI akan menerima roadmap itu, kami akan kaji semula. Di awal bulan julai, kami harap semua barisan jurulatih yang berada di Korea Selatan sudah kembali ke Indonesia,” tambahnya.

Ketika dibawah bimbingan Simon McMenemy, Indonesia gagal mengutip sebarang mata dalam 5 perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 apabila tewas kepada UAE, Malaysia, Vietnam, dan Thailand.

Dibawa kendalian Shin Tae-yong, PSSI menyasarkan untuk menjadi juara Piala Suzuki AFF 2020, suku akhir AFC B-19 dan Piala Dunia B-20.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Stadium Ras Abu Aboud Ini Dibina Menggunakan Konsep Kontena, Mirip Gaya ‘Food Court’ Hipster Di Malaysia

Pengendali Police Tero Mahu Kekal Di Thai League 1 Berbanding Layak Ke ACL

Media Thailand ‘Bersiul’ Kaitkan Diogo Dengan Perpindahan Ke BG Pathum United, Gaji RM548k Sebulan?