Penularan wabak pandemik COVID-19 telah sedikit menjejaskan persiapan skuad Indonesia bawah 19 tahun (B-19) bagi menghadapi kejohanan AFC B-19 dan Piala Dunia B-20.

Disebabkan itu, pengendali pasukan, Shin Tae-yong merancang untuk mengadakan kem latihan pusat di luar negara dan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menjadikan negara eropah sebagai pilihan.

Ketua Umum PSSI (Ketum PSSI), Mochamad Iriawan bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan kebenaran rasmi kepada skuad garuda muda untuk menjalani latihan di luar negara meskipun berdepan risiko sekatan perjalanan di eropah.

Malah, PSSI turut mendapat dana tambahan daripada kerajaan Indonesia untuk menampung kos perjalanan dan penginapan di luar negara bagi membolehkan mereka melakukan persiapan rapi.

“Kita sengaja memberikan yang terbaik untuk mereka agar bisa tampil dengan prestasi yang membanggakan. Menteri Belia dan Sukan Indonesia (KEMENPORA) rapat dengan kami, mereka menyampaikan bahawa kerajaan memberikan sokongan penuh kepada PSSI,” kata Iriawan.

Timnas Indonesia U-19 di Kroasia. (PSSI).

Jika tidak ke luar negara, PSSI juga tidak kisah dimana sahaja skuad Indonesia akan menjalani latihan dan Iriawan turut bergurau akan membawa mereka ke bulan jika mendapat kebenaran rasmi.

Hal ini kerana di bulan tiada wabak pandemik COVID-19 dan mereka bebas berlatih andai terdapat padang bola sepak di sana.

“Rasanya kalau boleh ke bulan, kita akan bawa menjalani latihan pusat di bulan. Terima kasih kepada kerajaan,” katanya di YouTube Sekretariat Kebinet RI.

Skuad Indonesia kini berada di Croatia sejak bulan Ogos 2020. Kelmarin, mereka mencatat kemenangan kelima berturut-turut dalam perlawanan persahabatan menewaskan kelab liga divisyen 1 Croatia, Hajduk Split, 4-0.

Berikut ialah keputusan perlawanan persahabatan Indonesia B-19 di Croatia:

Indonesia B-19 vs Bulgaria (0-3)
Indonesia B-19 vs Croatia (1-7)
Indonesia B-19 vs Arab Saudi (3-3)
Indonesia B-19 vs Qatar (2-1)
Indonesia B-19 vs Qatar (1-1)
Indonesia B-19 vs Bosnia Herzegovina (0-1)
Indonesia B-19 vs Dinamo Zagreb (1-0)
Indonesia B-19 vs NK Dugopolje (3-0)
Indonesia B-19 vs Macedonia (4-1)
Indonesia B-19 vs Macedonia (0-0)
Indonesia B-19 vs Hajduk Split (4-0).

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Pemain Pertahanan Dari Iran Sertai Kelab Bangladesh Dengan Kontrak 1 Tahun

Selepas Muangthong United dan Bangkok United, Giliran Jurulatih Buriram United Pula Letak Jawatan

Chanathip Songkrasin Pulih Dari Kecederaan, Kembali Sertai Sesi Latihan Consadole Sapporo