Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) kerjasama dengan Polis Indonesia memberi jaminan keselamatan kepada para peminat bola sepak tempatan yang berkunjung ke Jakarta untuk menyaksikan perlawanan sulung Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Indonesia lwn Malaysia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September 2019.

Petang semalam, mesyuarat kedua di antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan PSSI telah diadakan di Pejabat PSSI di Jakarta yang mana delegasi FAM dibarisi oleh Penolong Setiausaha Agung FAM, Abang Zulkarnain Abang Abdurahman; Ketua Unit Keselamatan FAM, Muhammad Ashtar Rahim.

69436320_2348213165275434_2322463527626866688_o
FOTO: FAM

Turut terlibat ialah Pegawai Kanan PDRM Bukit Aman iaitu Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), ACP Kamarulzaman Maarof dan Pegawai Keselamatan Pasukan Kebangsaan, ASP Mohd Hasbullah Saidin.

Mesyuarat bersama Ketua Unit Keselamatan PSSI, Nugroho Setiawan itu membincangkan pelan keselamatan yang komprehensif bagi penyokong Malaysia yang akan hadir ke Jakarta bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

Selepas mesyuarat berkenaan, satu perjumpaan bersama pihak Kepolisian Daerah Metropolitan Jakarta Raya (Polda Metro Jaya) yang diwakili oleh Komisiaris Besar Polisi Albert Teddy Benhard Sianipar, Komander Operasi Polda Metro Jaya telah diadakan di Ibu Pejabat Polda Metro Jaya.

Menurut kenyataan daripada FAM, perjumpaan itu adalah bertujuan untuk merangka kerjasama yang erat bersama pihak Polda Metro Jaya serta memperincikan perihal aspek keselamatan penyokong Malaysia sepanjang mereka berada di Jakarta nanti.

69667871_2348213625275388_9014876581797036032_o
FOTO: FAM

“Pihak Polda Metro Jaya dan PSSI akan melaksanakan kawalan keselamatan yang ketat dan teratur bagi perlawanan tersebut bagi memastikan keselamatan penyokong Malaysia pada sebelum, semasa dan selepas perlawanan adalah terjamin.

“Ia merupakan kunjungan kali kedua delegasi FAM ke Jakarta selepas kunjungan kali pertama pada minggu lalu iaitu pada 20 Ogos 2019 menyaksikan satu mesyuarat telah diadakan dengan Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria bersama-sama para pegawai dari PSSI,” kata kenyataan tersebut.

Pada mesyuarat minggu lalu itu, Ratu Tisha telah memberi jaminan bahawa pihaknya akan memenuhi beberapa permintaan daripada FAM terutama berhubung soal keselamatan pemain dan penyokong Malaysia bagi memastikan perlawanan berlangsung dengan lancar.

Tahukah anda, berapakah jumlah tiket yang diperuntukkan oleh PSSI kepada penyokong Malaysia? Ketahui dengan lebih lanjut dengan klik pautan dibawah.

PSSI Sediakan 3000 Tiket Untuk Penyokong Malaysia Di Stadium Gelora Bung Karno