Hasrat skuad kebangsaan Indonesia untuk menggunakan khidmat pemain naturalisasi, Greg Nwokolo di bahagian serangan pada perlawanan menentang Malaysia bulan depan tidak menjadi kenyataan apabila pemain itu dilaporkan mengalami kecederaan ketika perlawanan persahabatan menentang Persika.

Menurut kenyataan daripada laman web rasmi Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), pengendali skuad Garuda, Simon McMenemy telah memanggil pemain import Pahang, Saddil Ramdani sebagai pengganti Nwokolo.

https://www.instagram.com/p/B1xVGzZABzd/?igshid=1a79m37j4egzr

Ini kali pertama Saddil mendapat panggilan untuk menyertai skuad senior Indonesia dan pemilihannya adalah berdasarkan prestasi cemerlang pemain itu yang membantu skuad tok gajah mara ke peringkat suku akhir lebih awal dalam saingan Piala Malaysia minggu lalu. Beliau juga telah menjaringkan dua gol sepanjang 21 penampilan dalam saingan Liga Super musim ini.

Kehadiran pemain itu turut memberi sedikit kelebihan kepada Indonesia kerana sudah mengetahui kekuatan tiga pemain Malaysia yang juga merupakan rakan sepasukannya dalam skuad Pahang iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Mohamadou Sumareh, Azam Azih dan Matthew Davies.

67644821_2485744801486199_9141358515351191552_o
FOTO: Pahang FA

Kem latihan pusat skuad Garuda kini sudah berpindah ke Jakarta dari Pakasari, Bogor. Mereka akan mula berlatih di Stadium Madya, Jakarta pada hari ini hingga perlawanan pertama kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno.

Ingin menonton perlawanan di antara Indonesia menentang Malaysia di Jakarta? Klik pautan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jualan tiket.

Kuota 3,000 Tiket Penyokong Malaysia Masih Belum Dibuka Untuk Jualan

Harga Sebenar Tiket Penyokong Malaysia Di Stadium Utama Gelora Bung Karno Adalah RM116.75 Sekeping!

PSSI Pastikan Keselamatan Penyokong Harimau Malaya Di Jakarta Terjamin

Sumber