Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) telah menghantar senarai enam stadium kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk dijadikan sebagai venue bagi temasya Piala Dunia B-20 Tahun yang akan berlangsung pada 2021 nanti.

Enam stadium yang dicadangkan ialah Stadium Gelora Bung Karno (Jakarta), Stadium si Jalak Harupat (Bandung), Stadium Jakabaring (Palembang), Stadium Gelora Bung Tomo (Surabaya), Stadium Manahan (Solo) dan Stadium Kapten I Wayan Dipta (Bali).

PSSI

Malaysia fans during Malaysia vs Indonesia match at the Gelora Bung Karno stadium in Jakarta on September 5, 2019. PHOTO BY HAZRIN MOHD ZAIDUN / ASIANA.MY

Ketua Umum (Ketum) PSSI, Mohammad Iriawan berkata pemilihan enam stadium ini dibuat kerana masing-masing stadium mempunyai pengalaman menjadi venue perlawanan antarabangsa seperti AFF B-19 Tahun dan juga saingan Piala AFC serta Piala AFF Suzuki.

PSSI berharap keenam-enam stadium ini segera memperbaiki infrastruktur serta meningkatkan kualiti padang agar sesuai dengan standard yang telah ditetapkan oleh badan bola sepak dunia itu.

Rombongan FIFA akan melawat keenam-enam stadium ini pada September atau Oktober mendatang bagi melakukan pemeriksaan sama ada stadium sudah bersedia untuk menjadi venue atau sebaliknya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Indonesia di sini:

PSSI Resmi Terbitkan SK, Liga 1, Liga 2, Dan Liga 3 Kembali Bergulir Oktober

Tanggapi Komentar Safee Sali, Bek Bali United: Ngomong Kayak Gitu Pas Gak Main Di Indonesia

Digelar Sebagai ‘Bacot’ Oleh Pemain Bali United, Reaksi Balas Tenang Safee Sali Bukti ‘Profesionalisme’ Tertinggi

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group